Rabu, 29 Jun 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Gotong Royong Perdana

Kepada semua AJK persatuan di minta menghadiri Mesyuarat kerja yang akan di adakan pada

Tarikh      :  3/7/2011
Hari         : Ahad
Masa       : 9.30 malam
Tempat    : Rumah No 113, Jalan SP6

Tujuan mesyuarat ialah untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung pada 16/7/2011 sempena Gotong Royong Perdana Bersama peserta PLKN.

Sabtu, 25 Jun 2011

Keputusan Perlawanan Persahabatan Bola tampar pada 24/6/2011



Bergambar sebelum berlawan
 Untuk makluman semua, malam semalam berlangsungnya perlawanan persahabatan bolatampar di antara Kaunter Spike, Paroi Jaya dengan Sri Pulai 1. Perlawanan di adakan di Gelanggang Serbaguna Sri Pulai.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Sri Pulai 1 dengan keputusan 4 - 1.

Khamis, 23 Jun 2011

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar

Melalui Biro Sukan Dan Generasi Baru, satu Lagi Perlawanan Bola Tampar Persahabatan di antara Sri Pulai 1 menentang pasukan Kaunter Spike, Paroi Jaya. Tarikh : 24/6/2011 Hari : Jumaat Masa: 9.00 mlm Tempat: Gelanggang Serbaguna Sri Pulai 1 Bayaran : RM1 Setiap pemain Semua warga taman dijemput hadir memberikan sokongan moral kpd pasukan kita.

Isnin, 20 Jun 2011

Gotong Royong Perdana Bersama Peserta PLKN

Persatuan telah memutuskan  untuk mengadakan progam Gotong Perdana bersama Peserta PLKN seramai 200 orang.

Persatuan ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penerangan, Seremban melalui Hajah Nor Ani Rahli di atas usaha mendapatkan kerjasama dari peserta PLKN.

Program Gotong Royong Perdana ini akan di adakan pada

Tarikh         :  16/7/2011
Hari             :  Sabtu

Aktiviti ini juga akan mendapat kerjasama dari Majlis Perbandaran Seremban, Jabatan BOMBA dan Penyelamat NS, Syarikat Air Negeri Sembilan, Jabatan Penerangan NS dan Jabatan Pertanian NS.

Pihak persatuan akan  memberitahu semua warga taman melalui blog dan  notis akan diedarkan kepada semua rumah.

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Yang Esa semoga perancangan program Gotong Royong Perdana ini berjalan dengan lancar.

Borang Banci Penduduk 2011

Sepertimana semua warga taman ketahui, Sehingga 15/6/2011 pihak persatuan telah menerima borang bancian dan juga bayaran yuran ahli bagi tahun 2011  sebanyak 56 dari pada ketua isi rumah. Persatuan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada warga taman yang telah memberikan kerjasama. Pihak persatuan melalui AJK yang telah dilantik akan terus melakukan tugas bancian mengikut jalan kepada rumah yang belum menyerahkan borang  bancian dan juga borang yuran ahli.


Penyerahan borang mengikut Jalan.

No   Jalan SP      Borang di terima
1          SP1                   7

2          SP2                   9

3         SP3                    6

4         SP4                    7

5         SP5                   10

6         SP6                    2

7         SP7                    1

8         SP8                   11

9         SP3/1                 2

10       PSP                    1

11       PSP2                  0

Total                           56 borang yang di terima

Ahad, 19 Jun 2011

Keputusan Futsal DUN Sikamat

Daripada 5 penyertaan dari taman kita, hanya Pasukan Futsal Veteran yang berjaya ke peringkat separuh akhir dan mendapat tempat ke 3. Pasukan belia taman dan juga pasukan bawah 12 tahun kita tewas di peringkat kumpulan.

Terima kasih pihak penganjur yang menyewa Gelanggang Serbaguna taman kita untuk pertandingan ini.

Rakaman video yang sempat dirakamkan akan di muat turun dari masa ke semasa untuk tatapan semua.





Sabtu, 18 Jun 2011

Mesyuarat AJK PPTSPF1 Bil 02 Sesi 2011/2013

Makluman: Kepada semua AJK PPTSPF1, mesyuarat AJK kali kedua untuk sesi 2011/2013 akan di adakan pada Hari : Ahad Tarikh : 19/6/2011 Masa : 5.00 Petang Tempat : No 114, Jalan 6 Surat jemputan mesyuarat telah diedarkan pada semua AJK minggu lepas.

Sri Pulai tewas 1-3 kepada Bomba Taman Desa

Perlawanan Bola tampar di antara Taman Sri Pulai1 melawan Pasukan Bola Tampar Bomba Taman Desa mlm tadi berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan lawan. Walau bagaimanapun, semangat lawan pemain veteran taman kita menentang pasukan lawan yang dianggotai oleh pemain-pemain muda berumur sekitar 30an amat membanggakan. Persatuan sempat merakamkan gambar-gambar sekitar perlawanan tersebut.

Jumaat, 17 Jun 2011

Kuliah Maghrib di Surau Darul Taqwa, Sri Pulai (17/6/2011)

Untuk makluman warga taman, Kuliah Maghrib oleh Ust Zaidi Ramli (Mntn Timb Mufti N9) mlm ini di Surau Darul Taqwa, Sri Pulai.Semua warga taman yg beragama Islam dijemput hadir.

Pertandingan Futsal DUN SIKAMAT

Gelangang Serbaguna taman kita telah disewa oleh DUN Sikamat untuk pertandingan Futsal kawasan Sikamat yang akan berlangsung pada hari SABTU (18/06/2011).


SP1 telah menghantar 5 pasukan dalam pertandingan ini.

Pertandingan ini akan berlangsung dari jam 8 pagi sehingga 7 malam.

Kepada semua warga taman dijemput untuk mennyaksikan serrta memberi sokongan moral kepada 5 pasukan futsal SP1 yang mengambil bahagian.

Khamis, 16 Jun 2011

SP1 3 Jemaah Ustaz NS 2

Alhamdulillah, pasukan bola tampar SP1 telah berjaya mengalahkan pasukan bola tampar Jemmah Ustaz NS malam semalam. Persatuan mengucapkan tahniah kepada kesemua 12 orang pemain SP1. Gambar-gambar yang sempat dirakamkan utk tatapan semua.

Selasa, 14 Jun 2011

Perlawanan Bola Tampar di antara Tmn Kita dgn Taman Desa

Salam semua warga taman, Pihak persatuan menerima satu lagi pelawaan dari pasukan Bola Tampar Taman Desa utk mengadakan Perlawanan Persahabatan dgn taman kita: Tarikh : 17/6/11 Masa : 9 mlm Tempat : Gelanggang Serbaguna Tmn kita

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar di antara Pasukan Ustaz Kawasan Seremban dgn Taman kita

Perlawanan akan diadakan pada Hari : Rabu Tarikh : 14/6/2011 Masa : 9.30 malam Tempat : Gelanggang Serbaguna, Taman Sri Pulai Fasa 1 Di harapkan warga taman dapat datang beramai- ramai memberikan sokongan moral kepada pasukan bola Tampar taman kita.

Isnin, 13 Jun 2011

Awasi Rumah Anda

Untuk makluman warga taman pada minggu lepas,satu kejadian cubaan pecah rumah di Jalan SP 3/1. Kejadian berlaku sekitar jam 4.30 pagi,alhamdulilah sahabat kita di Jalan SP 3/1 tersedar dan menyebabkan suspek cabut lari.

Persatuan menasihati semua warga taman agar lebih berwaspada dan periksalah tingkap dan pintu serta kawasan rumah anda sebelum tidur.

Pihak persatuan akan mengadakan mesyuarat AJK dlm waktu terdekat ini dan akan membincangkan soal keselamatan dan tindakan yang akan diambil.

Ahad, 5 Jun 2011

Ucapan terima Kasih

Persatuan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua warga taman yang telah bertungkus lumus secara bergotong royong dalam memastikan Majlis Perkahwinan anak Encik Alwi berjalan dengan lancar.

Persatuan percaya pada prinsip sepakat membawa berkat kepada warga taman semua.

Majlis Gotong Royong Perkahwinan di rumah Encik Alwi 4



Gambar kenangan ahli keluarga pengantin

Mantan pengerusi dan Hamdan menghiburkan tetamu ..


Bintang Sore dari pakcik Ithnin

Gambar Majlis Gotong Royong Perkahwinan Rumah Encik Alwi 3

Selamat Pengantin Baru..



Pengerusi turun padang...angkat cawan utk dicuci bagi pastikan semua OK

Raja sehari bersantap..


Gambar sekitar Gotong Royong Rumah Encik Alwi 2

















































Orange.. manisnya...
































Gotong Royong Majlis Perkahwinan Di Rumah En. Alwi


<>
Kacau bubur kacang...

Pengerusi memberi arahan...

Haji Din ..tukang masak...






Jumaat, 3 Jun 2011

laporan trafik blog persatuan sehingga kini.


AudienceRefresh
 
Now
 
Day
 
Week
 
month
 
All time
May 2009 – June 2011
Pageviews by Countries
Malaysia
490
United States
16
Germany
8
Spain
1
Singapore
1
Pageviews by Browsers
Chrome
227 (43%)
Internet Explorer
164 (31%)
Firefox
78 (15%)
Safari
26 (5%)
Version
13 (2%)
Mobile
8 (1%)
Opera
1 (<1%)
Pageviews by Operating Systems
Windows
465 (87%)
iPhone
34 (6%)
BlackBerry
13 (2%)
Nokia
13 (2%)
Linux
3 (<1%)
Macintosh
2 (<1%)