Ahad, 29 Januari 2012

Keputusan Seri

Keputusan perlawanan persahabatan bola sepak veteran di antara taman kita melawan Batu 8 berakhir dengan seri 2-2. Persatuan mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak veteran atas prestasi semasa dan semangat kesukanan yang berterusan. Ini merupakan perlawanan persahabatan yang kedua untuk tahun ini.

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK VETERAN

Salam Satu Malaysia kepada semua warga taman, Untuk makluman warga taman, pada petang ini akan berlangsungnya perlawanan bola sepak veteran taman kita menentang pasukan Bola Sepak Batu 8, Labu dan detail perlawanan seperti berikut:- 

Tarikh. : 29/01/2012
Masa. : 5 ptg 
Tempat. : Padang Batu 8 

Jom warga taman kita beramai-ramai hadir ke padang Batu 8 untuk memberikan sokongan moral kepada pasukan taman kita. 

"Sri Pulai 1 boleh"

Sabtu, 28 Januari 2012

Liputan Program Gotong-Royong Perdana dan Pelancaran COMBI Tmn Sri Pulai 1

Salam Satu Malaysia

Pagi tadi telah berlangsungnya aktiviti sulong persatuan bagi membuka tirai 2012. Program gotong-royong yang merupakan aktiviti rutin setiap 3 bulan yang  telah mendapat sambutan dari warga taman.

Program dimulai dengan membersihkan kawasan rumah masing-masing dan meletakkan barangan terbuang di hadapan rumah. Dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seremban barang-barang terbuang dikutip mengikut jalan. Persatuan juga telah mendapat kerjasama dengan SWM yang membekalkan tong roro bagi warga taman membuang sampah sarap.

Kerjasama dari kedua-dua pihak MPS dan SWM memudahkan program gotong-royong yang di adakan. Oleh kerana terlalu banyak barang buangan lori MPS akan mengutip secara beransur-ansur dalam tempoh 3 hari. 

Kebanyakan dahan-dahan pokong yang dipotong tidak dapat diangkut dan memerlukan jengkaut kerana terlalu berat. Persatuan berharap kerjasama dalam aktivti gotong-royong ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
Semasa warga taman membersihkan kawasan masing-masing, satu pertandingan mencari bekas jentik-jentik dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan NS. Seramai 25 orang kanak-kanak taman telah mengambil bahagian. Pertandingan ini menceriakan lagi suasana taman dengan pelbagai aksi yang ditunjukkan oleh adik-adik taman.
Tepat jam 11 pagi semua warga taman berkumpul di jalan SP6 untuk pelancaran COMBI dan mendengar ucapan dari tetamu jemputan. Majlis di mulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Nafaiz Nasir, Pegawai Agama Penjara Seremban dan juga penduduk taman.

Seterusnya taklimat mengenai COMBI di sampaikan oleh En. Kamarulismail Udin, Pegawai Promosi Kesihatan Kanan, Pejab Kesihatan NS.  Jam 11.40 pagi Dr Zailiza Suli, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bhg. Vektor NS menyampaikan ucapan dan seterusnya melancarkan penubuhan COMBI Taman Sri Pulai 1.

 Satu lagi detik bersejarah dicatatkan oleh persatuan untuk memastikan warga taman senatiasa dilindungi dari sebarang penyakit berjangkit.
Akhirnya, sebagai tuan rumah, En Mohd Arif Md Noor selaku Pengerusi COMBI merangkap Pengerusi Persatuan Penduduk Tmn Sri Pulai 1 menutup tirai ucapan dengan mengucapkan ribuan terima kasih yg tidak terhingga kepada warga taman yang senantiasa memberikan sokongan kepada aktiviti yang dijalankan oleh persatuan. Ucapan terima kasih turut dipanjangkan kepada MPS, SWM, Jabatan Kesihatan NS, Jabatan Penerangan NS dalam memberikan kerjasama pada program kali ini.

Penutupan program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mencari bekas jentik-jentik dan cenderahati kepada tetamu jemputan.

Jumaat, 27 Januari 2012

Perubahan Agenda Pelancaran COMBI Esok

Kami baru dimaklumkan bahawa Dr. Zainuddin bin Ali, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan  telah bersetuju untuk merasmikan penubuhan COMBI Taman Sri Pulai 1. Di bawah ini adalah agenda terkini untuk program yang akan berlangsung esok:  


AGENDA
 PROGRAM GOTONG-ROYONG DAN PENUBUHAN COMBI TMN SRI PULAI 1
28hb. Januari 2011
JALAN SP 6, TAMAN SRI PULAI 1
**************************************************************************
7.00 - 7.45 pagi  - Ketibaan warga taman ke pentas utama Jalan SP6

8.00 pagi             - Ketibaan tetamu jemputan

8.05 pagi             - Bacaan Doa 
                             Oleh Ustaz Nafaiz  Nasir

8.10 pagi             - Ucapan  Mohd Arif Bin Md Noor
                              Pengerusi COMBI Tmn Sri Pulai 1
                              Merangkap Pengerusi Persatuan Penduduk
                              Tmn Sri Pulai 1

8.15 pagi             -  Dr Zainuddin bin Ali
                              Timbalan Pengarah Kesihatan NS
                            - Merasmikan Penubuhan COMBI Tmn Sri Pulai 1
                            - Penyampaian Sijil kepada AJK COMBI Tmn Sri Pulai 1

8.45 pagi            - Taklimat COMBI oleh Pegawai Kesihatan
                             Pejabat Kesihatan  Seremban

9.30 pagi            - Pertandingan Mencari Jentik-Jentik      
                            Terbuka utk kanak-kanak berumur 7 hingga 15 tahun 
                           - Aktiviti Gotong-Royong bersama MPS dan SWM

10.30 pagi         - Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang
                           Pertandingan Mencari Jentik-Jentik

12.00 t/hari       - Majlis bersurai

 



GOTONG-ROYONG PERDANA 01/2012 dan PELANCARAN COMBI

Salam satu Malaysia, Kepada warga taman esok akan berlangsungnya aktiviti gotong-royong perdana 01/2012 dan juga pelancaran COMBI Tmn Sri Pulai 1. Pelancaran ini akan diadakan di jalan SP6. Kedua aktiviti ini akan disertai oleh Majlis Perbandaran Seremban, Jabatan Kesihatan Seremban, SWM, dan Utusan Malaysia. 

Kepada semua warga taman diminta meletakkan barangan terpakai dihadapan rumah masing-masing dan MPS akan mengutip dari jalan ke jalan. Taklimat COMBI oleh Pegawai Kesihatan Daerah Seremban akan berlangsung di Jalan SP6 pada pukul 10.00 pagi. Diharap semua warga taman dapat berkumpul tepat pada masanya. 

Makanan dan minuman juga disediakan di jalan SP6. Kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 15 tahun satu pertandingan "aktiviti COMBI" akan diadakan pada pukul 7.30 pagi dan hadiah-hadiah disediakan kepada pemenang-pemenang.

Marilah kita sama-sama bersatu menjaga kebersihan dan keamanan taman kita.

"Taman kita tanggungjawab kita"

Isnin, 23 Januari 2012

Xin Nian Kuan Le - Selamat Tahun baru Cina 2012

Salam satu Malaysia, Persatuan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua warga taman berbangsa tionghua semoga tahun naga ini akan membawa lebih kebahgian,kekayaan dan keamanan.

Khamis, 19 Januari 2012

Sekitar Penyerahan Tong Sampah Beroda kepada Penduduk Taman Sri Pulai

Pada malam tadi warga Taman Sri Pulai 1,2 dan 3 telah keluar beramai-ramai untuk mengambil tong sampah beroda yang disediakan oleh SWM. Jalan kearah Surau Sri Pulai agak sesak terutamanya selepas warga jam 6 petang sehingga 10 malam. Walaupun, penyerahan ini berlangsung selama 2 hari, warga taman tidak menunggu sehingga saat-saat akhir. Sikap ini haruslah di puji.



Saudara Pian, Din, Along dan Amin  di antara warga taman yang hadir pada malam semalam.

Masih banyak lagi tong sampah beroda yang belum di tuntut.


Untuk makluman warga taman, terdapat peraturan-peraturan yang telah ditetapkan seperti tong sampah tidak dibenarkan di ikat pada mana-mana objek, sampah hendaklah dikiat sebelum dimasukkan kedalam tong sampah dan sebagainya. Sila baca dengan teliti peraturan-peraturan tersebut seperti yang tertera pada 'flyer' yang diberikan ketika mengabil tong sampah.

TERKINI: Perasmian Penyerahan Tong Sampah Beroda

Untuk makluman semua, Ybhg. Dato' Haji Abdul Halim Haji Abdul Latif, YDP Majlis Perbandaran Seremban akan merasmikan Program Penyerahan Tong Sampah pada petang ini jam 5 petang.

Semua warga taman di jemput hadir.

Selasa, 17 Januari 2012

Lawatan YB Dato' Mohammad Razi Kail Dibatalkan

BERITA TERKINI: Atas sebab2 yg tidak dpt dielakkan YB Mohammad Razi Kail tidak dapat hadir pada program penyerahan tong sampai pada 18/1/12 TETAPI majlis penyerahan tong sampah tetap diteruskan pada 18/1 Dan 19/1. Jom kita ambil tong sampai beramai2 pada esok Mlm jam 8.45pm.. Kita tarik beramai2.

Isnin, 16 Januari 2012

Keputusan Perlawanan Bolasepak Persahabatan 2 - 2

Semalam telah berlangsungnya perlawanan persahabatan bolasepak di antara taman kita melawan Vision Home di padang Sek. Menengah Bukit Kepayang. Persatuan difahamkan perlawanan itu berlangsung dengan sengit alah perlawanan merebut Piala Sumbangsih di antara NS melawan Kelantan.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2 - 2.

Tahniah kepada semua pemain dan juga warga taman yang hadir memberikan sokongan moral kepada pasukan taman kita.

Program Pengedaran Tong Sampah Beroda Percuma Oleh SWM

Salam Satu Malaysia,

Kepada semua warga taman, Program Lawatan YB Dato' Mohammad Razi Bin Kail, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Istiadat Melayu Negeri Sembilan sempena Program Pengedaran Tong Sampah Beroda Secara Percuma Oleh SWM Sdn. Bhd. di taman Sri Pulai 1,2 dan 3.

"1 Ghumah 1 Tong, Moh Poie Ambik Tong"

Tarikh      : 18hb. Januari 2012
Hari         :  Rabu
Masa       : 7.00 malam
Tempat    : Padang sebelah Surau Taman Sri Pulai (Surau Darul Taqwa)

Aturcara Majlis

Masa                                 Program
6.45 petang                       Ketibaan tetamu dan media

7.00 malam                       Ketibaan Dr. Alashari Haji Othman
                                         Pengurus Wilayah Negeri Sembilan & Melaka
                                         SWM Enviroment Sdn. Bhd.

                                         Encik Mohd Azhar Abd. Hamid
                                         Ketua Penolong Pengarah
                                         Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam
                                         Negeri Sembilan

7.15 malam                       Ketibaan YB YB Dato' Mohammad Razi Bin Kai
                                         Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan,
                                         Kesenian, Warisan dan Istiadat Melayu Negeri Sembilan

7.23 malam                       Solat Maghrib
                       
                                         Lawatan ke tapak  Pengedaran Tong Sampah Beroda

                                         Penyerahan Tong Sampah kepada penduduk

                                         Jamuan Ringan

                                        
9.00 malam                       Bersurai


Kepada warga taman anda semua dijemput hadir memeriahkan program ini.

Ahad, 15 Januari 2012

Sekitar Mesyuarat AJK 01/2012

Alhamdulillah, Mesyuarat AJK kali pertama telah dijalankan dengan jayanya pada hari Jumaat yang lepas. Seramai 11 orang AJK persatuan dan 3 wakil Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan telah hadir pada mesyuarat kali ini.

Kehadiran En. Shahabil, Inspektor Kesihatan pada malam itu adalah untuk menjelaskan dengan lanjut mengenai cara-cara penubuhan COMBI di taman kita.


Mesyuarat bersetuju menubuhkan COMBI di taman kita dan akan dilancarkan pada 28/1/2012 ini.

AJK COMBI TAMAN SRI PULAI 1

Pengerusi             : Mohd Arif Md Noor
Timb. Pengerusi : Hamzah Manan
Setiausaha           : Kamarunzaman Yasak
Bendahari            : Ramlee Saminan

AJK COMBI:
1. Zul Azman (Jln. SP3)
2. Syed Sharifuddin  (Jln. SP2)
3. Termizi (PSP2)
4. Ng (Jln SP7 dan SP8)
5. apak (SP4)
6. Ali (PSP1)
7. Fajar (SP3/1)

Promoter COMBI - akan dilantik kemudian.


Di antara isu utama yang dibincangkan oleh AJK ialah mengenai Program Gotong-Royong Perdana yang akan diadakan pada 28hb ini, turut dibincangkanmengenai pengedaran tong sampah percuma oleh SWM pada 18 & 19hb. Januari 2012 di Padang bersebelahan surau Darul Taqwa, Sri Pulai dan masa penyerahan ialah dari jam 2 petang hingga 10 malam. Warga taman diminta mengisi borang penerimaan tong sampah dengan menyertakan salinan photostat kad pengenalan dan bil utiliti pada hari penyerahan dibuat. Borang-borang akan diedarkan oleh En Zul Azman, Penolong Setiausaha Persatuan.



Khamis, 12 Januari 2012

Perubahan Tempat Dan Tarikh Perlawanan bola sepak Menentang Vision Home

Untuk makluman Semua, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan perlawanan bola sepak menentang vision Home terpaksa ditunda seperti berikut:- Tarikh: 15/1/2012 Hari : Ahad Masa : 5 Petang Tempat : Padang Sekolah Menengah Bkt Kepayang. Harap Perubahan ini dapat di war-warkan Kepada Warga taman.

Rabu, 11 Januari 2012

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN MENENTANG VISION HOME

Salam Satu Malaysia,

Untuk makluman warga taman semua, satu perlawanan bola sepak di antara taman kita menetang Vision Home akan berlangsung seperti berikut :-

Tarikh    : 14/01/2012
Hari        : Sabtu
Masa      : 5 petang
Tempat   : Padang Majlis Perbandaran Seremban

Warga taman dijemput hadir untuk memberikan sokongan moral kepada pasukan taman kita.

Selasa, 10 Januari 2012

MESYUARAT AJK 01/2012

Salam semua, di maklumkan bahawa Mesyuarat AJK  kali pertama bagi tahun 2012 akan di adakan seperti berikut :

Tarikh    :  13/01/2012
Hari        :  Jumaat
Masa      :  8.30 malam
Tempat  :  No 113, Jalan SP6
 
Pada mesyuarat kali ini 2 isu utama akan dibincangkan iaitu Gotong-Royong Perdana 01/2012 yang akan di adakan pada 28/01/2012 dan mengenai penubuhan COMBI ( Comunication of Behavioural Impact).

Pegawai Kesihatan Negeri akan hadir untuk memberikan penerangan berkaitan penubuhan COMBI untuk taman kita.

Kepada semua AJK diharap dapat menghadirkan diri untuk memberikan sokongan padu kepada persatuan.
 






Sabtu, 7 Januari 2012

Al-Fatihah, Ayahanda Shamsuri Kamaruddin Jln SP5 telah kembali kerahmatulah

"Dari Allah kita datang Dari Allah Kita dikembalikan " Persatuan Penduduk mengucapkan Takziah Kepada Saudara Shamsuri Kamaruddin, Jln SP5 di atas pemergian ayahandanya ke rahmatullah pada 6:30ptg tadi. Marilah Kita sama-sama membacakan Surah Al-Fatihah kepada allahyarham Semoga rohnya diletakkan dikalangan org-org beriman , Insyaallah . Tolong war-war kan Kepada Warga taman yg lain. sk Semua AJK Dan Shamsuri

Khamis, 5 Januari 2012

PROGRAM JALINAN MESRA RAKYAT

Persatuan ingin memaklumkan bahawa Program Jalinan Mesra Rakyat 2012, anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan akan di adakan pada 6 Januari 2012 hingga 8 Januari 2012 di DUN Sikamat.

Pelbagai program menarik telah di atur oleh pihak urusetia seperti Gotong royong Perdana di Makam Tn Haji Said, Kuil Kaligambar Tmn Penaga, Tokong Lee Fha An Kuan Yin, Gerai Pameran, Pertandingan Karaoke, Kuliah Subuh, Senam Seni - Lintas Langsung RTM, Sukaneka dan persembahan Artis seperti Amy Search, Sharifah Zarina, J Sham, Ramlah Ram, Ibnor Riza, Sofaz dll.

Program perdana ini akan disempurnakan oleh YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim pada 4.30 petang, 8/1/2011 bertempat di Padang Awam Taman Desa Rhu.

Untuk maklumat terperinci berkaitan aturcara majlis, warga taman boleh merujuk kepada brosur di bawah ini.


Sebarang pertanyaan sila hubungi urusetia Program Jalinan Mesra Rakyat 1 Malaysia 2012 di talian  06-763 6308, 767 6793.

Persatuan menyeru warga taman keluar beramai-ramai bagi meraikan majlis yang akan di adakan secara besar-besaran ini. Semoga kehadiran warga taman akan dapat memeriahkan lagi majlis ini.


Lembaran Baru 2012

Selepas 10 bulan berjasa kepada warga taman Sri Pulai 1 bagi tahun 2011. Akhirnya, AJK Persatuan melangkah ke tahun yang kedua 2012.

Persatuan ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada anak-anak warga taman yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR yang lepas. Semoga kecemerlangan ini akan membakar semangat kepada  adik-adik yang lain bagi tahun 2012.

Keputusan Cemerlang PMR 2011  :
1. Zubair Bin Ramlee     - 8A
    (No 153, SP8)
2. Mohd Aiman  Fadzil - 7A
    (No 159,PSP 2)
3. Muhammad Ni'mash Shakir Zaher Rudin - 6A
    (No 84, SP3)
4. Muhammad Shafiq Ali  - 6A
    (No 140, SP8)

Keputusan 5A UPSR 2011:-
1. Haziq Aminullah (No 148, SP8)
2. Abdul Rahman Abdullah (No 80, SP3/1)
3. Khairul Fawzan Kamarunzaman (No 116, SP6)

Persatuan berharap kepada semua ibu bapa warga taman agar dapat memberikan keutamaan pendidikan kepada anak-anak yang merupakan pewaris negara pada masa depan.

Semoga 2012 akan lebih bersinar dengan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak persatuan.