Ahad, 29 Mei 2011

Pentaque Di Taman Kita

PPTSF1 Akan memperkenalkan permainan Pentaque kepada warga taman. Padang permainan pentaque akan bertempat di Gelanggang Bola Tampar lama.

Keputusan perlawanan Bola Sepak

Pasukan Bola Sepak Veteran taman kita berjaya menewaskan pasukan Veteran Mambau dengan jaringan 3 gol berbalas 2. Pihak persatuan mengucapkan tahniah kepada pasukan bola Sepak Veteran.

Sabtu, 28 Mei 2011

Rakaman Pertandingan Bowling

Pihak persatuan akam memuat naik rakaman-rakaman pertandingan bowling secara berkala.

Gambar Sekitar Pertandingan Bowling di Jaya Jusco, Bowling Centre


Balingan Perasmian dari Tuan Pengerusi...

Wow second frame ..pinfall 203... dasyat to FIZI

 Johan kategori Lelaki .. Shafiq ada potensi dlm sukan ini.. Angah mana lah pergi.. along replace jap

Tempat kedua kategori lelaki.. mana sorang lagi ya..... Zulidzham
 
 








 








Tempat ketiga ... 3 anak bujang Sri Pulai .. dan Hamdan.. baling bola semalam mcm geram je..



JOHAN kategori Wanita.. anak dara Ucop.. outstanding dan boleh diketengahkan..







Tempat Kedua - Kategori Wanita


28/5/2011:Keputusan Pertandingan Bowling Tertutup Tmn Sri Pulai Fasa 1

Alhamdulilah, satu lagi aktiviti persatuan telah berjaya dilaksanakan dan kami para AJK PPTSPF1 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga taman yg menyertai pertandingan bowling ini.

Seramai 38 warga taman telah mengambil bahagian dan dibahagi kepada 2  kategori iaitu Wanita (2 kumpulan), kategori Lelaki (7 kumpulan) dan 1 kumpulan kanak-kanak sebagai penyeri pertandingan.

Pertandingan dimulakan tepat jam 9.20 malam dengan balingan perasmian oleh Tuan  Pengerusi, En Mohd Arif Md Noor.

Selepas hampir 2 jam warga taman membuat balingan strike, spare dan "Longkang" , akhirnya keputusan pertandingan dirumuskan seperti di bawah :-

KATEGORI INDIVIDU :

Lelaki   : Sdra Rafizi Yaacob               - Jatuhan Pin : 330 (F1:127,F2:203)
Wanita : Sdri Nur Azizah Md Yusof    - Jatuhan Pin  : 224 (F1:121, F2:103)


KATEGORI BERKUMPULAN (LELAKI) :

Tempat Pertama - Jatuhan Pin: 877

Kumpulan Lane 14 :

1. Muhammad Shafiq Ali
2. Mohd Zafran Md Zin
3. Along SP Jln 2
4. Kamarunzaman Yasak

Tempat Kedua - Jatuhan Pin: 833

Kumpulan Lane 15 :

1. Mohd Zulidzham Mohd Arif
2. Mohd Yusri Jaafar
3. Arifin
4. Syed Sharifuddin

Tempat Ketiga - Jatuhan Pin: 773

Kumpulan Lane 13 :

1. Hamdan Zainal
2. Muhammad Ikramfadli Azman
3. Zubair Ramlee
4. Muhammad Nasuha Zaher Ruden

KATEGORI BERKUMPULAN (PEREMPUAN) :

Tempat Pertama - Jatuhan Pin: 765

Kumpulan Lane 19 :

1. Na'imah Hassan
2. Zainita Othman
3. Nur Azizah Md Yusof
4. Hazura Zakaria

Tempat Kedua - Jatuhan Pin: 672

Kumpulan Lane 20 :

1. Nurul Aisyah Yusri
2. Noraini Rahli
3. Azlinatun Abd Aziz
4. Norfadilah


Rabu, 25 Mei 2011

28/5/11: Majlis Silatulrahim Dan Doa Selamat

Warga taman di jemput hadir ke majlis Silatulrahim Dan Doa Selamat di rumah Pengerusi: Masa : 8.00 malam Tarikh : 28/5/2011 Tempat : No 101, Jln 5 Kehadiran saudara/i Akan memeriahkan Lagi majlis ini.

28/05/2011: Perlawanan Persahabatan Bola sepak Veteran

Makluman: perlawanan Persahabatan Bolasepak Veteran Taman kita menentang Pasukan Veteran Mambau akan berlangsung pada:-

Hari      : Sabtu
Tarikh   : 28/5/2011
Masa     : 5.00 ptg
Tempat  : Sekolah MenengahTunku Ampuan Durah

Warga taman dijemput beramai-ramai hadir ke stadium utk memberi sokongan moral kepada pasukan kita.

Sebarang pertanyaan berkaitan perlawanan di atas bolehlah menghubungi pengurus pasukan, Sdra Apak atau Sdra Yusri,Biro Sukan Dan Generasi Baru.

Selasa, 24 Mei 2011

Pertandingan Bowling Tenpin Pada 27/5/2011

Hanya tinggal 3 hari lagi pertandingan Bowling akan di langsungkan. Di minta kepada yang berminat sila hantarkan borang penyertaan secepat mungkin kepada AJK yg telah dilantik.

Isnin, 23 Mei 2011

21/5/2011 : Penerangan Khairiat Kematian Oleh En. Hakim, MAA Takaful

21/5/2011 : Mesyuarat Berkampung Di Rumah En Alwi

 

24/4/2011: AKTIVITI GOTONG ROYONG PERDANA 1


AKTIVITI GOTONG ROYONG PENDUDUK
























Pertandingan Bowling Tenpin untuk Warga Taman Sri Pulai Fasa1


Biro Sukan dan Generasi Baru telah merancang utk mengadakan pertandingan Bowling Tenpin untuk warga taman dan butirannya seperti berikut:-

Tarikh: 27/5/2011
Hari : Jumaat
Masa: 8:00 malam
Tempat: Bowling Superbowl, Parkson Seremban

- Pertandingan di bahagikan kepada 2 kategori iaitu Lelaki, Wanita dan Kanak-kanak.
- Hadiah akan diberikan kepada jatuhan pin yang terbanyak, kedua dan ketiga bagi setiap kategori.
- Permainan di jalankan untuk 2 frame sahaja.
- Bayaran RM10.00 dikenakan kepada setiap pemain.
- Sewa kasut dan bayaran stokin ditanggung oleh para peserta sendiri.

Jom warga taman kita ke Superbowl, Parkson, Seremban beramai-ramai

"Kebaikan Bepersatuan" - suntingan petikan daripada web Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor


Written by DPMM Johor   
Friday, 21 August 2009 16:08
Ketika bergelar pekerja sepenuh masa, kita mungkin tidak berkesempatan untuk menyertai mana-mana pertubuhan atau persatuan. Niat murni yang terpendam di dalam hati tidak mampu dilaksanakan gara-gara sibuk dengan pelbagai urusan kerja dan rumah tangga. Jika terlibat pun, mungkin secara tidak langsung sahaja. Mungkin ramai yang bercadang untuk terus aktif dalam persatuan dengan pelbagai niat.
Di samping menyumbang bakti kepada masyarakat, tidak salah jika anda mengambil peluang ini terus memajukan diri misalnya meluaskan jaringan kenalan dan mencari peluang bisnes. Walaupun sudah tidak berkerjaya sepenuh masa tetapi anda harus bijak ‘mencipta’ kerjaya anda sendiri lepas bersara nanti.
Apa kebaikan menyertai persatuan?
Meluaskan rangkaian kenalan- kenalan yang ramai dapat membantu anda memulakan bisnes ataupun mencari pelanggan-pelanggan baru bagi syarikat anda sendiri atau majikan baru anda.Ingat, bisnes kecil boleh jadi besar jika anda bijak berkata-kata.
Pelanggan baru
Bagi meyakinkan pelanggan tentang kualiti produk atau perkhidmatan yang anda usahakan, anda adalah testimoni terbaik. Jadi, lebih mudah untuk anda menceritakan tentang manfaat produk anda kepada bakal pelanggan anda.
Maklumat terkini
Melalui persatuan, anda juga dapat mengetahui perkembangan semasa dalam apa jua bidang sama ada politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Jadi, anda tidak akan dikategorikan sebagai ‘katak di bawah tempurung’. Anda juga boleh melihat pelbagai ragam, sikap ahli-ahli yang lain dan berusahalah mendekati mereka yang berjaya. Kongsi tip dan rahsia mereka mencipta kejayaan agar anda terus bersemangat.
Sumber kewangan atau mencari rakan kongsi
Untuk memilih rakan kongsi anda perlu berhati-hati. Jangan pilih yang sebarangan sebaliknya kenali mereka terlebih dahulu. Dan caranya melalui persatuan. Mungkin ada di kalangan mereka yang mempunyai misi dan visi seperti anda. Jadi tidak mustahil rakan kongsi yang dicari akan anda temui di sana.
Mempelajari perkara baru
Sebelum ini mungkin anda tidak pernah tahu tentang protokol bagi menyambut tetamu, cara berhadapan dengan orang kenamaan dan macam-macam lagi. Berpersatuan dapat membuka minda anda dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi keyakinan diri.
Sudahkah anda menjadi ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia? Sila berhubung dengan DPMM negeri masing-masing bagi langkah selanjutnya.

Rabu, 18 Mei 2011

Pengerusi 
 Mohd Arif Bin Mohd Noor 

Timb Pengerusi 
 Hamzah Bin Manan  

Setiausaha
Kamarunzaman Bin Yasak 

Pen Setiausaha
Zul Azman Bin Abdul Karim 

Bendahari 
Ramlee Bin Saminan

AJK
 Mohd Yusri Bin Jaafar   
 Aminullah Bin Anwar    
 Mohd Naser Bin Umar   
 R. Devaraj   
 Ng Poh Boon  
 Puan Noraini Binti Rahli  
 Encik Mohd Zainuddin bin Mohd Radzi 

 Juru Audit 
Juraimi Bin Ayub              Ali Bin Jaapar 

Pengamanah 1 Mohd. Daud Bin Abd. Rashid   
Pengamanah 2 Syed Shariffudin Bin Syed Nordin    
Pengamanah 3 Mohamad Fajar Bin Mohamed Kassim