Kepada semua AJK persatuan di minta menghadiri Mesyuarat kerja yang akan di adakan pada
Tarikh : 3/7/2011
Hari : Ahad
Masa : 9.30 malam
Tempat : Rumah No 113, Jalan SP6
Tujuan mesyuarat ialah untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung pada 16/7/2011 sempena Gotong Royong Perdana Bersama peserta PLKN.
No.101 Jalan Sri Pulai 5, Taman Sri Pulai, 70400 Seremban, Negeri Sembilan email:sripulai1@gmail.com
Rabu, 29 Jun 2011
Sabtu, 25 Jun 2011
Keputusan Perlawanan Persahabatan Bola tampar pada 24/6/2011
Bergambar sebelum berlawan |
Untuk makluman semua, malam semalam berlangsungnya perlawanan persahabatan bolatampar di antara Kaunter Spike, Paroi Jaya dengan Sri Pulai 1. Perlawanan di adakan di Gelanggang Serbaguna Sri Pulai.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Sri Pulai 1 dengan keputusan 4 - 1.
Khamis, 23 Jun 2011
Perlawanan Persahabatan Bola Tampar
Melalui Biro Sukan Dan Generasi Baru, satu Lagi Perlawanan Bola Tampar Persahabatan di antara Sri Pulai 1 menentang pasukan Kaunter Spike, Paroi Jaya.
Tarikh : 24/6/2011
Hari : Jumaat
Masa: 9.00 mlm
Tempat: Gelanggang Serbaguna Sri Pulai 1
Bayaran : RM1 Setiap pemain
Semua warga taman dijemput hadir memberikan sokongan moral kpd pasukan kita.
Isnin, 20 Jun 2011
Gotong Royong Perdana Bersama Peserta PLKN
Persatuan telah memutuskan untuk mengadakan progam Gotong Perdana bersama Peserta PLKN seramai 200 orang.
Persatuan ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penerangan, Seremban melalui Hajah Nor Ani Rahli di atas usaha mendapatkan kerjasama dari peserta PLKN.
Program Gotong Royong Perdana ini akan di adakan pada
Tarikh : 16/7/2011
Hari : Sabtu
Aktiviti ini juga akan mendapat kerjasama dari Majlis Perbandaran Seremban, Jabatan BOMBA dan Penyelamat NS, Syarikat Air Negeri Sembilan, Jabatan Penerangan NS dan Jabatan Pertanian NS.
Pihak persatuan akan memberitahu semua warga taman melalui blog dan notis akan diedarkan kepada semua rumah.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Yang Esa semoga perancangan program Gotong Royong Perdana ini berjalan dengan lancar.

Borang Banci Penduduk 2011
Sepertimana semua warga taman ketahui, Sehingga 15/6/2011 pihak persatuan telah menerima borang bancian dan juga bayaran yuran ahli bagi tahun 2011 sebanyak 56 dari pada ketua isi rumah. Persatuan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada warga taman yang telah memberikan kerjasama. Pihak persatuan melalui AJK yang telah dilantik akan terus melakukan tugas bancian mengikut jalan kepada rumah yang belum menyerahkan borang bancian dan juga borang yuran ahli.
Penyerahan borang mengikut Jalan.
No Jalan SP Borang di terima
1 SP1 7
2 SP2 9
3 SP3 6
4 SP4 7
5 SP5 10
6 SP6 2
7 SP7 1
8 SP8 11
9 SP3/1 2
10 PSP 1
11 PSP2 0
Total 56 borang yang di terima
Ahad, 19 Jun 2011
Keputusan Futsal DUN Sikamat
Daripada 5 penyertaan dari taman kita, hanya Pasukan Futsal Veteran yang berjaya ke peringkat separuh akhir dan mendapat tempat ke 3. Pasukan belia taman dan juga pasukan bawah 12 tahun kita tewas di peringkat kumpulan.
Terima kasih pihak penganjur yang menyewa Gelanggang Serbaguna taman kita untuk pertandingan ini.
Rakaman video yang sempat dirakamkan akan di muat turun dari masa ke semasa untuk tatapan semua.
Sabtu, 18 Jun 2011
Mesyuarat AJK PPTSPF1 Bil 02 Sesi 2011/2013
Makluman: Kepada semua AJK PPTSPF1, mesyuarat AJK kali kedua untuk sesi 2011/2013 akan di adakan pada
Hari : Ahad
Tarikh : 19/6/2011
Masa : 5.00 Petang
Tempat : No 114, Jalan 6
Surat jemputan mesyuarat telah diedarkan pada semua AJK minggu lepas.
Sri Pulai tewas 1-3 kepada Bomba Taman Desa
Perlawanan Bola tampar di antara Taman Sri Pulai1 melawan Pasukan Bola Tampar Bomba Taman Desa mlm tadi berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan lawan.
Walau bagaimanapun, semangat lawan pemain veteran taman kita menentang pasukan lawan yang dianggotai oleh pemain-pemain muda berumur sekitar 30an amat membanggakan.
Persatuan sempat merakamkan gambar-gambar sekitar perlawanan tersebut.
Jumaat, 17 Jun 2011
Kuliah Maghrib di Surau Darul Taqwa, Sri Pulai (17/6/2011)
Untuk makluman warga taman, Kuliah Maghrib oleh Ust Zaidi Ramli (Mntn Timb Mufti N9) mlm ini di Surau Darul Taqwa, Sri Pulai.Semua warga taman yg beragama Islam dijemput hadir.
Pertandingan Futsal DUN SIKAMAT
Gelangang Serbaguna taman kita telah disewa oleh DUN Sikamat untuk pertandingan Futsal kawasan Sikamat yang akan berlangsung pada hari SABTU (18/06/2011).
SP1 telah menghantar 5 pasukan dalam pertandingan ini.
Pertandingan ini akan berlangsung dari jam 8 pagi sehingga 7 malam.
Kepada semua warga taman dijemput untuk mennyaksikan serrta memberi sokongan moral kepada 5 pasukan futsal SP1 yang mengambil bahagian.

Khamis, 16 Jun 2011
SP1 3 Jemaah Ustaz NS 2
Alhamdulillah, pasukan bola tampar SP1 telah berjaya mengalahkan pasukan bola tampar Jemmah Ustaz NS malam semalam. Persatuan mengucapkan tahniah kepada kesemua 12 orang pemain SP1.
Gambar-gambar yang sempat dirakamkan utk tatapan semua.
Selasa, 14 Jun 2011
Perlawanan Bola Tampar di antara Tmn Kita dgn Taman Desa
Salam semua warga taman, Pihak persatuan menerima satu lagi pelawaan dari pasukan Bola Tampar Taman Desa utk mengadakan Perlawanan Persahabatan dgn taman kita:
Tarikh : 17/6/11
Masa : 9 mlm
Tempat : Gelanggang Serbaguna Tmn kita
Perlawanan Persahabatan Bola Tampar di antara Pasukan Ustaz Kawasan Seremban dgn Taman kita
Perlawanan akan diadakan pada
Hari : Rabu
Tarikh : 14/6/2011
Masa : 9.30 malam
Tempat : Gelanggang Serbaguna,
Taman Sri Pulai Fasa 1
Di harapkan warga taman dapat datang beramai- ramai memberikan sokongan moral kepada pasukan bola Tampar taman kita.
Isnin, 13 Jun 2011
Awasi Rumah Anda
Untuk makluman warga taman pada minggu lepas,satu kejadian cubaan pecah rumah di Jalan SP 3/1. Kejadian berlaku sekitar jam 4.30 pagi,alhamdulilah sahabat kita di Jalan SP 3/1 tersedar dan menyebabkan suspek cabut lari.
Persatuan menasihati semua warga taman agar lebih berwaspada dan periksalah tingkap dan pintu serta kawasan rumah anda sebelum tidur.
Pihak persatuan akan mengadakan mesyuarat AJK dlm waktu terdekat ini dan akan membincangkan soal keselamatan dan tindakan yang akan diambil.

Ahad, 5 Jun 2011
Ucapan terima Kasih
Persatuan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua warga taman yang telah bertungkus lumus secara bergotong royong dalam memastikan Majlis Perkahwinan anak Encik Alwi berjalan dengan lancar.
Persatuan percaya pada prinsip sepakat membawa berkat kepada warga taman semua.
Persatuan percaya pada prinsip sepakat membawa berkat kepada warga taman semua.
Majlis Gotong Royong Perkahwinan di rumah Encik Alwi 4
Gambar Majlis Gotong Royong Perkahwinan Rumah Encik Alwi 3
Gotong Royong Majlis Perkahwinan Di Rumah En. Alwi
Jumaat, 3 Jun 2011
laporan trafik blog persatuan sehingga kini.
|
Langgan:
Catatan (Atom)