Sabtu, 30 Julai 2011

Takziah Kepada Wak (Syahrizal) No 17 Jln SP4

Alfatihah..persatuan mengucapkan Takziah kepada Wak, ibunya telah kembali kerahmatullah pada pagi tadi. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh allahyarhammah ditempatkan dikalangan org-org yang beriman. Insyaallah.

Khamis, 28 Julai 2011

CADANGAN DAN AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN
          OLEH TAMAN SRI PULAI FASA 1 TAHUN 2011
*****************************************************************
1. 26/3/2011    Mesyuarat Agong - AJK Baru dilantik bagi sessi  2011/2013

2. 24/4/2011    Aktiviti gotong Royong Perdana 1

3. 14/5/2011    Mengambil bahagian Pertandingan Futsal Terbuka Port Dickson
                                  Bawah 12 thn - Layak ke Suku Akhir
                                  Bawah 18 thn - Peirngkat kumpulan

4. 21/5/2011    Penerangan Khariat Kematian oleh agen MAA Takaful

5. 28/5/2011    Perlawanan Bola sepak Veteran melawan Veteran Mambau
                                  Keputusan : Kalah 1 - 4

6. 28/5/2011    Pertandingan Bowling Tertutup Tmn Sri Pulai 1
                                  Penyertaan : 38 warga taman mengambil bahagian

7.  5/6/2011     Gotong-Royong Kenduri Perkahwinan Encik Alwi

8. 19/6/2011    Gelanggang Serbaguna digunakan untuk Pertandingan Futsal
                                  Kawasan DUN Sikamat

9 24/6/2011     Perlawanan Persahabatan Bola Tampar melawan Kaunter Spike,
                                 Paroi Jaya
                                 Keputusan : Menang 4 - 1

10.28/6/2011  Perlawanan Persahabatan Bola Tampar melawan Jemaah Ustaz
                                  Ustaz Negeri Sembilan
                                  Keputusan : Menang 4 - 1

11.12/7/2011  Perlawanan Persahabatan Bola Tampar melawan Tmn Desa Rasah
                                  Keputusan : Kalah 1 - 4

12.Mingguan    Latihan Bola Tampar -  Setiap mlm Jumaat

13.Harian           Setiap petang Isnin - Jumaat
                                    Aktiviti sukan : 1. Ping pong di adakan di Jalan SP6
                                                                          2. Futsal di adakan di Gelanggang Serbaguna

14. Mingguan  Setiap petang Sabtu dan Ahad
                                  Latihan Intensif Bola Tampar Taman Sri Pulai 1

15.16/7/11     Program Khidmat Perdana PLKN bersama Penduduk Taman Sri Pulai
                     
16. Ogos  11     Bulan Ramadhan - menyertai program keagamaan yang dianjurkan
                               oleh Surau Darul Taqwa, Sri Pulai


17. Sept 11      Cadangan : Majlis Sambutan Raya 1 Malaysia


18 Okt  11         Cadangan : Program Liga Bola Tampar DUN Sikamat


19. 6/9/11       Cadangan : Program Aqiqah/Qurban


20. Nov  11     Cadangan : Program Sukaneka 1 Malaysia


21. Dis  11        Cadangan : Program Sukan Rakyat Bersama Pelancong


Nota : Kepada semua AJK Biro-biro persatuan, sila maklumkan kepada SU sekiranya terdapat program-program yang telah dan akan dijalankan tidak terdapat didalam senarai aktiviti yang dinyatakan di atas.

Rabu, 27 Julai 2011

PELAWAT LAMAN PERSATUAN MELEPASI 1000 ORANG

Alhamdulillah, tindakan bijak AJK Persatuan menubuhkan laman blog pada 1/6/2011 yang lalu,  terbukti berbaloi kerana dalam tempoh sebulan pelawat yang melayari blog persatuan berjumlah lebih 1000 orang. Ini menunjukkan warga taman yang mempunyai aksess internet menjadikan laman blog persatuan sebagai sumber maklumat utama untuk  mengetahui aktiviti-aktiviti yang telah, sedang atau akan dijalankan oleh pihak persatuan Taman Sri Pulai 1.

Persatuan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelawat blog persatuan yang telah memberi kepercayaan penuh kepada pihak persatuan dalam merencanakan program-program untuk kebaikan bersama.

Pihak persatuan berharap semua warga taman bersatu hati dan menjauhi sifat dengki dan irihati sesama kita bagi merealisasikan motto "Taman Kita Tanggungjawab Kita" menjadi kenyataan dan teras perpaduan warga taman.




Ahad, 24 Julai 2011

Majalah SOLUSI Panduan Hidup Bersyariat



8 hari lagi, umat Islam akan menyambut kedatangan Bulan Ramadhan. Mereka akan menjalani ibadat puasa selama sebulan disertai pakej ibadah seperti solat tarawih, bertadarus al Quran, Qiamullai, Zikrullah, berdoa, bersedekah dan sebagainya.

Oleh itu untuk mendapatkan panduan-panduan berguna bagi menghadapi bulan mulia ini, warga taman yang beragama Islam  bolehlah mendapatkan Majalah SOLUSI terbitan Telaga Biru, dan di edarkan oleh agen Stormreaders di taman kita iaitu Haji Mohd Fazil di rumah No 159, Jalan Persiaran Sri Pulai. Haji Mohd Fazil juga boleh dihubungi di talian 013-3901187 untuk urusan tempahan dan penghantaran. Harga senaskah Majalah Solusi ialah RM11.00 sahaja..

Seremban Marathon 2011


Taman Sri Pulai 1 telah menghantar 2 orang pelari  dalam 24th. Seremban Half Marathon 2011 yang berlangsung Pagi tadi. Pelari yang dimaksudkan ialah

1.  Cikgu Deevaraj A/L Ramoo, No 96, Jalan SP 5 
     Kategori J Men Senior Veteran (50thn keatas)

2. Paramasivam A/L Janganath, No 51, Jalan SP 2  
     Kategori H Men Veteran (40 thn ke atas) 


Kedua  pelari telah berjaya mendapat tempat ke 39 (Cikgu Deevaraj) dan tempat ke 21 (Paramasivam) dalam kategori masing-masing. Mereka telah medapat medal pewter dan sijil di atas pencapaian ini. Pihak persatuan merasa bangga dengan pencapaian pelari ini dan menjadi kebanggaan kepada warga taman kita.

Dibawah ini adalah gambar-gambar yang dirakam ketika sessi interview pagi tadi di Jalan SP 6.

No 39 - Deevaraj

No 21  Paramasivam




Sabtu, 23 Julai 2011

SATU RUMAH SATU BENDERA


Menjelang bulan kemerdekaan yang akan tiba, Pihak Persatuan akan melancarkan "Program 1 Rumah 1 Bendera".

Marilah kita sama-sama kibarkan jalur gemilang dirumah kita sepanjang bulan OGOS ini.

Luahkan kecintaan kita kepada negara kita dengan kibaran Jalur Gemilang.........

Penyerahan Wang Pampasan kepada mangsa Ribut Sri Pulai 1


Pengerusi menyampaikan wang pampasan kepada En Manivanan
 Pada bulan Mac 2011, angin ribut telah melanda kawasan Seremban termasuklah Taman Sri Pulai 1. Pada kejadian itu sebahagian daripada bumbung rumah kepada 7 rumah di Taman Sri Pulai 1 telah diterbangkan oleh angin ribut.

Untuk membantu mangsa, pihak persatuan telah bertindak bijak dengan memohon bantuan melalui tabung kecemasan NS.

Akhirnya, pampasan telah diagihkan kepada mangsa-mangsa berikut dengan jayanya :

1. En. Hamdan Yusuf                                       No 54, Jln Sri Pulai 2
2. En Manivan A/L Perumal                           No 53, Jln Sri Pulai  2
3. Pn Norida Jaafar                                          No 55, Jln Sri Pulai 2
4. En Paramasivam A/L Janganathan          No 51, Jln Sri Pulai 2
5. Azman Mohd Yusof                                     No 62, Jln Sri Pulai 3
6. No 65, Jalan Sri Pulai 3
7. No 38, Jalan Sri Pulai 2

Persatuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri yang prihatan kepada penduduk taman kita, terima kasih juga ditujukan kepada En Ariffin, Zul Azman dan tidak lupa juga kepada Pengerusi Persatuan yang sabar menjawab pertanyaan2 dari mangsa kejadian. Persatuan harap kepada semua warga taman supaya memberikan kerjasama yang terbaik dalam apa saja yang program yang dijalankan oleh pihak persatuan. Taman kita Tanggungjawab Kita.

Sri Pulai Menang 4-1

Alhamdulillah melalui Biro Sukan Dan Generasi Baru, malam tadi berlangsungnya perlawanan bola tampar di antara Taman Sri Pulai melawan Pasukan Paroi Jaya. Pasukan taman kita berjaya menewaskan pasukan lawan dengan 4 set berbalas 1. Tahniah kepada semua pemain-pemain bola tampar Taman Sri Pulai.

Jumaat, 22 Julai 2011

Perlawanan Bola Tampar Mlm Ini

Perlawanan persahabatan btampar Tmn kita dgn Pasukan B tampar Paroi jaya akan dilangsungkan mlm inin 9.30mlm hingga 11.30mlm

Ahad, 17 Julai 2011

Rakaman Gambar-Gambar Sekitar Program Khidmat Komuniti Bersama Penduduk Taman Sri Pulai 1

Makluman : Persatuan telah mengumpulkan gambar-gambar dari warga taman dan boleh dilihat secara "slide" disebelah kanan laman blog ini. Rakaman ini semestinya menjadi memori manis kepada

1. Puan Wan Salawati Abdullah
2. AJK Persatuan Taman Sri Pulai Fasa 1
3. Warga Taman Sri Pulai 1
4. Wira dan Wirawati PLKN, Sri Perkasa Mantin
5. Agensi yang terlibat;-
    a. Jabatan Penerangan NS
    b. Jabatan Pertanian NS
    c. Jabatan Kesihatan Seremban
    d. Syarikat Air NS
    e. Majlis Perbandaran Seremban
    f.  Jabatan Bomba dan Penyelemat Seremban
   g.  Suruhanjaya Pilihanraya

Program Komuniti PLKN bersama Penduduk Taman Sri Pulai 1

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi selesai sudah Program Khidmat Komuniti PLKN bersama Penduduk Tmn Sri Pulai 1. Semuanya berjalan dgn lancar.. Terima kasih semua ..  Terima kasih kpd Pn Wan Salawati Abdullah, Pegawai Khas Menteri Belia Dan Sukan Dan EXCO Puteri UMNO Msia yg sudi merasmikan program kami serta melancarkan laman blog persatuan Penduduk kami. Semua gambar Dan rakaman program Akan di upload ke laman blog persatuan dlm tempoh terdekat ini. Terima kasih kpd semua warga Tmn yg turut sama menjayakan program ini..

Khamis, 14 Julai 2011

Senamrobik Bersama Peserta PLKN

Salam, dimaklumkan program bsama PLKN, Sabtu ini di Jln Persiaran Sri Pulai akan dimulai dgn SENAMROBIK mulai jam 8.00 pagi.Dijemput tuan puan sekelurga bsama hadir. Sila war war jemputan ini kepada warga taman Sri Pulai.

Terkini: Perasmian Program Khidmat Komuniti PLKN Bersaman Penduduk Taman Sri Pulai 1

Makluman : Perasmian program Khidmat Komuniti PLKN bersama Penduduk Sri Pulai 1 akan di rasmikan oleh :

 Puan Wan Salawati Binti Abdullah,
Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan dan
EXCO Puteri UMNO Malaysia.

Puan Wan Salawati menggantikan YDP, MPS yang tidak dapat hadir ke program ini disebabkan terlibat dengan majlis rasmi yang lain.



Gotong Royong Persiapan Akhir Program Khidmat Komuniti PLKN Bersama Penduduk Taman Sri Pulai 1

Makluman : Semua warga taman dijemput berkumpul di Pondok Kawalan 1 di  Jalan Persiaran Sri Pulai untuk sama-sama bekerjasama melakukan persiapan akhir seperti menyusun meja,kerusi, memeriksa alatan gotong-royong, bahan masakan, menyusun pokok dari Jabatan Pertanian serta berbincang berkaitan dengan program Khidmat Komuniti PLKN yang akan dijalankan pada hari Sabtu.

Semua yang mempunyai kelapangan boleh lah hadir ke Pondok Kawalan 1

Tarikh   :  15/7/2011
Hari      :  Jumaat
Masa    :  9.30 malam

Keputusan Perlawanan Bola Tampar Di antara Taman Sri Pulai dgn Hospital Tunku Jaafar

Makluman : Semalam (9.45 malam) bertempat di Gelanggang Serbaguna Sri Pulai 1, telah berlangsung perlawanan Bola Tampar Persahabatan  di antara Taman Sri Pulai 1 melawan pasukan Hospital Tunku Jaafar. Pasukan Taman Sri Pulai 1 tidak bernasib baik di mana tewas 3 - 2 kepada pasukan lawan. Walaubagaimanapun, permainan yang menarik telah ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan sehingga kemenangan hanya dapat ditentukan di set yang kelima.

Pemain Taman Sri Pulai 1 terdiri daripada Ustaz Zaher Rudin (Kapten), Zul Azman, Yusri, Zubair, Haji Zainuddin, Kamal dan Syed.

Kami lampirkan gambar yang sempat dirakamkan sebelum bermulanya perlawanan.





Rabu, 13 Julai 2011

Info : 2011 is money bags

This year, July has 5 Fridays, 5 Saturdays and 5 Sundays. This happens


once every 823 years. This is called money bags.

Kind of interesting - read on!!!

This year we're going to experience four unusual dates.



1/1/11, 1/11/11, 11/1/11, 11/11/11 and that's not all...



Take the last two digits of the year in which you were born - now add


the age you will be this year,



The results will be 111 for everyone in whole world. This is the year of

the Money!!!

Selasa, 12 Julai 2011

Istiwa A'zam pada 5.28 petang, 16/7/2011

Istiwa A'zam d mana kedudukan matahari tepat di atas Kaabah.
Waktu Malaysia 5.28 petang pada 16/7/2011
Marilah kita sama-sama memeriksa arah kiblat rumah kita dengan panduan gambar rajah di atas.


Kepada warga taman yg beragama Islam, diharap dapat memeriksa arah kiblat rumah masing-masing pada 16/7/2011.

Perlawanan bola Tampar dgn Hospital Tunku Jaafar, Seremban


Persatuan bersetuju menerima  pelawaan Hospital Tunku Jaafar, Seremban  untuk mengadakan Perlawanan Persahabatan Bola Tampar bagi mengeratkan silaturrahim antara kedua-dua pihak

Perlawanan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh     : 13/7/2011
Hari        : Rabu
Masa       : 9 malam
Tempat  : Gelanggang Serbaguna, Tmn Sri Pulai 1

Semua warga taman dijemput hadir untuk memberikan sokongan kepada pasukan taman.

"Bersukan untuk berukhwah"

Isnin, 11 Julai 2011

ATURCARA PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI PLKN BERSAMA PENDUDUK TAMAN SRI PULAI 1

8.00 pagi     - Kehadiran Penduduk
8.30 pagi     - Kehadiran Pelatih-pelatih PLKN, Sri Perkasa, Mantin
9.00 pagi     - Ketibaan Y. Bhg. Dato' Haji Abd. Halim Bin Haji Abd Latif
                     Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Seremban

                     - Nyanyian Lagu Negaraku
                
                     - Bacaan Doa

                     - Ucapan : En Mohd Arif Bin Mohd Noor
                       Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sri Pulai Fasa 1

                     - Ucapan : Y. Bhg. Dato' Haji Abd. Halim Bin Haji Abd Latif
                       Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Seremban

                    - Pelancaran Laman Blog PPTSPF1
                    - Persembahan oleh Pelatih PLKN

                    - Penyampaian dan Cenderamata

                    - Minum Pagi

                    - Pembahagian Peserta PLKN Mengikut Zon Gotong Royong
    •   Zon A : Surau Darul Taqwa
    •   Zon B : Pusat Dalam Komuniti Seremban
    •   Zon C : Memasak dan Kenduri Kampung
    •   Zon D : Padang Permainan
    •   Zon E : Jalan Sri Pulai 1-12
                 - Aktiviti Sukaneka/Mewarna/Pameran/Pemeriksaan kesihatan/
                   Pendaftaran pemilih/Agihan  Pokok "Kempen 1 Rumah 1 Pokok"
                   dan Kaunter PembayaranYuran dan bancian ahli Persatuan.

                - Makan tengah hari.


1.30 ptg    - BERSURAI

AKTIVITI PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI

Aktiviti yang akan  di adakan pada hari Sabtu ini ialah :-
  • Pelancaran Laman Blog Persatuan oleh Y.Bhg. Dato' Haji Abdul Halim Abd Latif,     YDP, MPS
  • Gotong-royong :
      • a) Surau Darul Taqwa
      • b) Pusat Dalam Komuniti Seremban
      • c) Padang Permainan Sri Pulai 1
      • d) Memasak
      • e) Jalan-jalan Sri Pulai 1
  • Agihan anak pokok, sumbangan Jabatan Pertanian NS
  • Kauter-kaunter yang di buka untuk warga taman:
      • a) Jabatan Kesihatan - Pemeriksaan Kesihatan
      • b) SPR - Pendaftaran Pemilih
      • c) Persatuan Penduduk Tmn Sri Pulai 1 - Pembayaran yuran ahli dan borang bancian
  • Pertandingan mewarnan untuk kanak-kanak
  • Kenduri kampung - sarapan dan makan tengah hari disediakan secara gotong-royong
Warga taman dikehendaki berkumpul di Persiaran Sri Pulai pada pukul 8.30 pagi. Marilah kita sama-sama bersatu menjayakan aktiviti taman kita.

Taman kita tanggungjawab kita.

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI BERSAMA MASYARAKAT TAMAN SRI PULAI FASA 1

Untuk makluman warga taman program Khidmat Komuniti bersama Peserta PLKN, Sri Perkasa, Mantin yang akan berlangsung pada hari sabtu ini akan menglibatkan seramai 200 peserta PLKN.

Para peserta akan  berada di taman Sri Pulai 1 dari pukul 9 pagi sehingga 1.30 petang.

Pelbagai acara telah disusun oleh PPTSPF1 bersama Jabatan Penerangan, Majlis Perbandaran Seremban, Jabatan Bomba dan Penyelemat Seremban serta Pejabat Pertanian NS.

Jalan Persiaran Sri Pulai akan ditutup mulai 10 malam pada 15/10/2011 (Jumaat) untuk kerja-kerja pemasangan khemah bagi tujuan program ini. Diharapkan kepada semua warga taman dapat memberikan kerjasama dengan menggunakan jalan alternatif.

Gotong Royong

Pada kali ini penebangan pokok tidak akan dibenarkan untuk memberi laluan kepada semua warga taman menglibatkan diri dengan aktivit-aktiviti lain yang di sediakan.

10 orang peserta PLKN akan ditempatkan di setiap jalan di Sri Pulai dgn di ketua oleh AJK Persatuan yang dilantik seperti berikut :-

 Jalan 1 –En Mydin

 Jalan 2 - En Ariffin (Apak)

 Jalan 3 - En Zuraimi Ayub

 Jalan 3/1 - En Daud

 Jalan 4 - Syed Shariffuddin

 Jalan 5 - En. Deevaraj

 Jalan 6 - En Naser

 Jalan 7 - En Aminullah

 Jalan 8 - En Ng Poh Boon

 Jalan Persiaran SP – En Ali

Pihak MPS dan Jabatan Bomba dan Penyelamat akan turut terlibat dalam membersihkan taman kita. Warga taman diminta meletakkan semua barang-barang terbuang di depan rumah dan akan dikutip oleh pihak MPS.

Khamis, 7 Julai 2011

Terkini Program Khidmat Komuniti Bersama Peserta PLKN (PKKBPP)

Pihak persatuan telah menerima maklumbalas dari Majlis  Perbandaran Seremban di mana MPS telah bersetuju menyediakan perkhidmatan dibawah ini untuk  program KKBPP yang akan di adakan pada 16/7/2011:-

1. Lori terbuka (bersama kakitangan sokongan)
2. Mesin Jengkaut (JCB)
3. Mesin Rumput Sandang (dengan pekerja MPS)

Persatuan mengucapakan jutaan terima kasih kepada sokongan yang akan diberikan oleh MPS dalam memastikan program KKBPP berjalan dengan lancar.

Tempahan Qurban/Aqiqah untuk 2011

Seperti saban tahun, Persatuan akan menganjurkan aktiviti Qurban/Aqiqah di taman kita. Sehubungan dengan itu kepada warga taman yang berminat untuk turut serta dalam program ini bolehlah memuat naik borang Qurban/Aqiqah yang telah disediakan di laman ini.

Untuk tahun ini harga sebahagian (1/7) adalah RM400.00. Sesiapa yang berminat di minta menghantar borang yang lengkap kepada Haji Zainuddin, AJK Biro Perhubungan, Koordinasi dan Keagamaan, PPTSPF1.

Persatuan mengekalkan 3 ekor lembu untuk program Qurban/Aqiqah pada tahun ini.


Rabu, 6 Julai 2011

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI BERSAMA PESERTA PLKN

Untuk makluman semua Program Khidmat Komuniti - Peserta PLKN Bersama warga taman Sri Pulai Fasa 1 akan di adakan pada 16/7/2011.

Persatuan telahpun mengadakan Mesyuarat Kerja pada hari Ahad yang lepas dan maklumat terkini berkaitan dengan program ini akan di muat turunkan di laman ini.

Antara maklumat terkini, Jabatan Pertanian Negeri Sembilan telah bersetuju untuk menyumbangkan anak pokok buah buahan terpilih bagi warga taman sempena program ini.

Jumaat, 1 Julai 2011

Jadual Sewaan Gelanggang Serbaguna

Untuk makluman semua, setiap tempahan Gelanggang Serbaguna Sri Pulai 1, akan di rekod di laman ini. Sila rujuk kepada menu yang terdapat di bahagian atas laman ini "Jadual Sewaan Gelanggang Serbaguna".

Sementara itu sebarang tempahan hendaklah di buat sekurang-kurang satu hari sebelum tarikh tempahan. Borang tempahan juga boleh di dapati di laman ini di bahagian "Borang Persatuan".

Sekiranya terdapat pertanyaan hendaklah di panjangkan kepada Biro Sukan Dan Generasi Baru. Anda boleh menghubungi En. Yusri seperti nombor yang telah disediakan di menu "AJK Persatuan Penduduk Taman Sri Pulai 1, 2011/2013".