Sabtu, 26 November 2011

Terima Kasih kepada Dato' Ishak Ismail

Timb. Pengerusi menerima sumbangan daripada Dato Ishak Ismail

Pada petang tadi Timbalan Pengerusi dan Setiausaha telah menghadiri majlis Mesra Bersama Rakyat di Taman Bukit Kelana untuk mewakili PPTSPF1 mengambil wang sumbangan dari Dato' Ishak, Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Seremban.

Persatuan mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato' Ishak Ismail yang telah mengotakan janjinya sewaktu ucapan perasmian Mesra Bersama Rakyat di taman  kita pada bulan September yang lalu.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIRAH 1433

Assalamualaikum WBT.

Persatuan ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1433hijrah. Semuga tahun baru hijrah 1433 ini akan memperkukuhkan lagi kesepakatan ukhwah semua warga taman utk terus bersatu untuk kebaikan taman kita. Marilah kita sentiasa berdoa agar taman kita akan terus berada didalam peliharaan dan kerahmatan ALLAH SWT.

Ahad, 20 November 2011

Bacaan Tahlil di Rumah En. Naser (No 114, SP 6)

Persatuan mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana program tahlil di Rumah En Naser selama 3 malam berturut-turut (16/11 hingga 18/11) berjalan seperti yang dirancangkan. Semoga bacaan tahlil dan doa untuk Almarhummah Nortipah Hamzah diterima oleh Allah swt.

Bagi pihak En Naser, persatuan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga taman yang menghadiri bacaan tahlil ini dan juga kepada mereka yang menyumbangkan apa saja untuk program ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada Ustaz Zaher Rudin, Ustaz Nafaiz dan Ustaz Humaidi yang mengetuai majlis tahlil tersebut. Tidak lupa juga kepada En. Hamzah sekeluarga, En Awang sekeluarga, Haji Zainudin sekeluarga dan En Ucop sekeluarga yang menyediakan juadah kepada para hadirin.

Persatuan merasa terharu dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua warga taman yang memberikan sokongan penuh untuk program tahlil ini. Diharapakan program ini akan diapplikasikan kepada semua warga taman pada masa hadapan.

Sehubungan dengan itu majlis tahlil utk hari ke 7 akan di adakan pada 22/11/2011 pada jam  8 malam. Persatuan berharap sambutan warga taman dlm memberi sokongan untuk majlis ini dapat diteruskan lagi.

AL-FATIHAH

Selasa, 15 November 2011

Takziah Kepada Abg Naser

"Dari Allah kita datang Dari Allah kita dikembalikan"

ALFATIHAH

Persatuan meratap sedih ke atas pemergian Allahyarhammah Pn Nor Tipah Hamzah ke rahmatullah pada petang tadi. Allahyarhammah berusia 57 tahun. Allahyarhamah merupakan isteri kepada En Naser Umar yang merupakan AJK Persatuan. Allahyarhamah banyak menyubang tenaga dalam menjayakan program-program yang dikelolakan oleh persatuan.

Persatuan mendoakan semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat serta diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman. 





Rabu, 9 November 2011

Program Qurban 2011

Sekali lagi Persatuan memanjat kesyukaran ke hadrat ilahi kerana Program Qurban 2011 berjalan dengan lancar. 3 ekor lembu  selamat di sembelih oleh Ustaz Zaher Rudin.

Dengan kerjasama semua warga taman yang beragama Islam proses memotong daging dan memasak kari daging secara gotong royong berjalan dengan baik.


Pengagihan daging yang di timbang tara oleh Tuan Penasihat dan tuan Pengerusi juga tidak menghadapi sebarang masalah.


Doa selamat yg dibaca oleh Ustaz humaidi mengakhiri kecermelangan kerjasama erat di antara warga taman.














Kerjasama dari kaum ibu juga melancarkan urusan program Qurban kali ini. Persatuan ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga taman yang telah menjayakan program ini.


Berakhirnya Aidil Adha

Salam semua,

Hari ini merupakan hari tashriq terakhir. Umat Islam boleh melakukan korban sehingga maghrib hari ini. Begitu juga amalan bertakbir, juga disunatkan sehingga maghrib hari ini.

Alhamdulillah, Program Takbir Raya telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 30 orang warga taman telah bertakbir beramai-ramai ke 11 buah rumah di Taman ini. Suasana meriah dengan pelbagai gelagat dari warga taman telah megimarahkan malam raya Aidil Adha di Sri Pulai 1.



Jumaat, 4 November 2011

Takbir Raya : Berkumpul di Rumah Ustaz Zaher Rudin

Sehingga tika ini, persatuan hanya menerima 8 persetujuan dari ketua rumah utk di adakan takbir raya di rumah mereka.

Kepada warga taman yang ingin turut serta bertakbir dikehendaki berkumpul di rumah Ustaz Zaher pada pukul 8 malam esok.


No Nama Ketua Keluarga  No rumah Jalan SP Telefon Nombor
1 Zaher Rudin Bin Mokhtar 84 3 019-6212192
2 Mohd Arif Bin Mohd Noor 101 5 019-6564463
3 Shamsuri Bin Kamaruddin 110 5 019-2122200
4 Kamarunzaman bin Yasak 116 6 012-2767933
5 Mohamad Zainudin Bin Mohd Radzi 115 6 012-2003611
6 Abu Hassan Bin Jaffar 141 8 016-9460810
7 Ali Bin Jaapar 140 8 019-2796909
8 Humaidi Bin Asnawi 157 PSP1 012-2769093

Program Takbir Raya Dan Program Qurban

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).”
 (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)


Salam semua, Persatuan telah pun bermesyuarat dan juga mengedarkan notis makluman kepada semua warga taman yang beragama Islam mengenai program takbir dari rumah ke rumah yang akan di adakan pada malam Sabtu (esok) bermula 8 malam. Program takbir ini akan di ketuai oleh Ustaz Zaher Rudin.

Manakala , Program Qurban akan di adakan pada hari Ahad ini selepas solat Aidil Fitri sekitar pukul 10 pagi. Sebanyak 3 ekor lembu yang akan diqurbankan.

Lembu pertama : Hamzah Manan,
Lembu kedua: Mohammed Assalam dan
Lembu Ketiga:Ramlee Saminan,Zuraimi Ayub, Abu Hassan Jaffar, Rosli Ahmad, Zuraimi Ayub, Mohd Zulidzham Mohd Arif dan Kamarunzaman Yasak.

Program Qurban ini akan turut akandiceriakan lagi dengan masak secara bergotong royong utk makan tengah hari kepada warga taman yang beragama Islam. Masak secara gotong royong ini akan diketuai oleh "Chef" Haji Zainuddin dan "Chef" Hamzah.

Persatuan berharap kepada semua warga taman yang beragama Islam dapat turut serta dalam kedua-dua program ini semoga sinar Aidil Adha dan keberkatan Qurban akan mengeratkan lagi permuafakatan dan silaturrahim sesama kita.




Selasa, 1 November 2011

Perbincangan Program Qurban Dan Takbir Raya - AJK yang Beragama Islam

Salam semua, pada malam ini  persatuan akan mengadakan perbincangan berkaitan dgn Program Sambutan Hari Raya Qurban dan juga program Takbir Raya dari rumah ke rumah yg akan di jalankan pada minggu ini.

Perbincangan akan di adakan seperti berikut:

Pukul        : 9 malam
Tarikh      : 1/11/2011 (Selasa)
Tempat    : No 113, Jln 6
                    ( rumah abg Hamzah)

Kehadiran saudara/i amat-amat dihargai.