Selasa, 20 Disember 2011

Kenduri Arwah Di Rumah Abg Nasir (No 114, Jln SP6) - 26/12/2011

Salam Satu Malaysia

Bagi pihak Abg Nasir, Persatuan menjemput warga taman yang beragama Islam ke rumahnya pada :

Tarikh    :  26/12/2011
Hari        :  Isnin
Pukul      :  8 malam

Marilah kita beramai-ramai menghadiri kenduri arwah ini dan penuh harapan semoga bacaan tahlil yang akan kita lakukan beramai-ramai akan diterima Allah.

Persatuan berharap semoga jemputan ini dapat di war-warkan kepada warga taman yang lain.

Gelanggang Serbaguna Berwajah Baru

Pada hari Ahad yang lepas telah berlangsungnya aktiviti gotong-royong membersih dan mengecat tiang gol futsal, tiang bola tampar dan pagar gelanggang.

Persatuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Apak, Ali, Amino, Haji Ayie, Abg Daud, Sy Din, Muideen, Mus, Zulazman, Fajar, Teleng serta adik2 yang bertungkung lumus menjayakan aktiviti gotong royong ini.

Persatuan bercadang untuk mengadakan gotong-royong kali kedua di Gelanggang Serbaguna untuk meneruskan  aktivit mengecat pada pagar gelanggang bahagian atas.

Rabu, 14 Disember 2011

Gotong-Royong Gelanggang Serbaguna

Salam Satu Malaysia, untuk makluman semua, persatuan akan menganjurkan program Gotong-Royong membersihkan Gelanggang Serbaguna taman kita. Aktiviti gotong-royong ini akan diadakan pada :

Tarikh   : 18/12/2012
Hari       : Ahad
Masa     : 8 pagi

Kepada semua warga taman di jemput hadir untuk menjayakan program gotong-royong ini.

Selasa, 6 Disember 2011

Mangsa Nyamuk Aedes di No 135, Jalan 7

Malam tadi Jabatan Kesihatan Seremban bahagian Vektor, telah menjalankan semburan menyahkan nyamuk aedes di Jalan SP6, SP7 dan SP8 disebabkan berlakunya serangan demam denggi di Rumah No 135, Jalan SP7.
Dengan 4 pekerja dan 2 pegawai, aktiviti semburan telah berjalan dengan lancar. Kebanyakan semburan di lakukan di luar rumah cuma beberapa buah rumah yg membenarkan semburan dilakukan di dalam rumah.



Kepada warga taman di harap dapat memastikan tiada air bertakung yg membolehkan pembiakan nyamuk aedes di sekitar rumah masing-masing. Mencegah lebih baik dari mengubati.