Ahad, 19 Februari 2012

KEPUTUSAN PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN

 
Semalam telang berlangsungnya perlawanan persahabatan Bola Sepak di antara taman kita menentang Vision Home di padang Kompleks Sukan Paroi. Dengan jersi baru yang bewarna hitam, pasukan taman kita telah berjaya menewaskan pasukan lawan dengan keputusan 2-1. Persatuan mengucapkan syabas kepada semua pemain-pemain yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Isnin, 13 Februari 2012

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK VETERAN PADA 18/2/12

Salam Satu Malaysia,

Untuk makluman warga taman semua, satu lagi perlawanan bola sepak di antara taman kita menetang Vision Home akan berlangsung seperti berikut :-

Tarikh    : 18/02/2012
Hari        : Sabtu
Masa      : 5 petang
Tempat   : Kompleks Sukan Paroi

Warga taman dijemput hadir untuk memberikan sokongan moral kepada pasukan taman kita.

Solat Jumaat Bersama Perdana Menteri di Masjid Sikamat

Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang lalu, Masjid Sikamat menjadi perhatian penduduk DUN Sikmat, dan warga Sri Pulai khasnya. Sempena lawatan rasmi PM ke Negeri Sembilan, PM telah sudi bersolat Jumaat di masjid kariah kita.



Sejak jam 11 pagi lagi masjid telah mulai sesak dengan kehadiran jemaah untuk bersolat bersama-sama dengan PM. Selepas solat Jumaat jemaah berebut-rebut untuk bersalaman dan melihat dengan lebih dekat rupa paras PM. 




Apak dan Din
Ramai warga taman yang berkesempatan bersalaman dengan PM. Semoga dengan kehadiran PM di DUN Sikamat akan memberi impak kepada pilihan raya umum yang bakal di adakan pada bila-bila masa.

Diharapkan, Balai raya yang telah dijanjikan untuk taman kita akan menjadi kenyataan.  

Walaubagaimanpun, ada juga jemaah yang melahirkan rasa tidak puas hati kerana Imam, Khatib dan Bilal yang bertugas pada hari itu di "Import" dari luar. 





Sabtu, 11 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul di Surau Darul Taqwa, Tmn Sri Pulsi

Majlis Sambutan Maulid 1433/2012 Surau Darul Taqwa, Tmn Sri Pulai, Sikamt pada Hari: Sabtu Tarikh : 11/2/2012 Tempat : Surau Darul Taqwa, Taman Sri Pulai Aturcara Majlis 1) 8 pg - Gotong royong membersihkn kawasan surau 2) 1.30 ptg - Gotong royong memasak 3) 7.30 mlm - Ceramah Maulid oleh Ust Ahmad alkauthari Mansur dr KL 4) 9 mlm - Jamuan dan Persembahan Kumpulan Nasyid AKHDAN. Semua warga taman yang beragama Islam dijemput hadir utk mrngimarahkan surau kita.

Khamis, 9 Februari 2012

Jemputan Ke Majlis Bersama Rakyat Dan Jamuan Rakyat Sempena Lawatan Perdana Menteri KE DUN Sikamat



Salam Satu Malaysia kepada Warga Taman

Dimaklumkan bahawa persatuan penduduk telah menerima surat jemputan untuk dipanjangkan kepada semua warga taman untuk menghadiri majlis Bersama Rakyat dan Jamuan Rakyat Sempena Lawatan YAB Perdana Menteri Ke DUN Sikamat seperti berikut :-

Tarikh     : 10hb. Februari, 2012 (Jumaat)
Masa       : 2.00 petang
Tempat   : Padang Awam Taman Desa Rhu, Sikamat



Sementara itu aturcara lengkap majlis adalah seperti di bawah :

Pagi - Malam            : Gerai Pameran dan jualan serta pelbagai aktiviti di adakan di
                                      Padang Awam Taman Desa Rhu, Sikamat

11.00 pagi             : Program Bersama Ibu-Ibu Dan Kanak-Kanak Anjuran KEMAS 
                                     Seremban  di Padang Awam Taman Desa Rhu, Sikamat

1.00 Tengahari        : Ketibaan YAB Perdana Menteri di Masjid Kariah Sikamat
                                      untuk bersama-sama para jemaah bersolat Jumaat

2.20 petang              : Ketibaan YAB Perdana Menteri di Padang Awam Taman Desa
                                     Rhu, Sikamat untuk menyertai Jamuan Bersama Rakyat.

                                    - Nyanyian Negaraku
                                    - Bacaan Doa
                                    - Jamuan Rakayat dengan diiringi Persembahan
                                      Jamal Abdilah
                                    - Ucapan YBhg. Ketua UMNO Seremban
                                    - Ucapan YAB. Menteri Besar Negeri Sembilan
                                    - Ucapan YAB. Perdana Menteri
                                    - Majlis Penyampaian  Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
                                    - Penyampaian Cenderamata Kepada Tetamu Kehormat
                                    
Marilah kita sama-sama meraikan kehadiran YAB. Perdana Menteri kita disamping dihiburkan dengan nyanyian hebat Jamal Abdilah..

Selasa, 7 Februari 2012

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK VETERAN

Salam Satu Malaysia kepada semua warga taman, Untuk makluman warga taman, pada petang ini akan berlangsungnya perlawanan bola sepak veteran taman kita menentang pasukan Bola Sepak Alamanda dan detail perlawanan seperti berikut:- 

Tarikh. : 07/02/2012
Masa. : 5 ptg 
Tempat. : Padang MPRM 

Jom warga taman kita beramai-ramai hadir ke padang Batu 8 untuk memberikan sokongan moral kepada pasukan taman kita. 

"Sri Pulai 1 boleh"

Selamat Menyambut Hari Thaipusam

Persatuan mengucapkan selamat menyambut hari Thaipusam kepada warga taman yg beragama Hindu.

Jumaat, 3 Februari 2012

Persatuan mengucapkan salam Maulidul Rasul1433H buat seluruh warga taman Sri Pulai 1 yang beragama Islam.

Persatuan mengucapkan salam Maulidul Rasul1433H buat seluruh warga taman Sri Pulai 1 yang beragama Islam.
" Sungguh telah ada pada (diri) Rasullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah "
(Surah Al- Ahzab : 21) " 

Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu " 
(Al Nasai & Ibnu Hibban)