Selasa, 19 Mac 2013

Mesyuarat AJK PPTSPF1 02/2013


Mesyuarat AJK PPTSPF1 02/2013

  

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat AJK PPTSPF1  0/2013 akan di adakan seperti berikut :

Tarikh : 19/3/2013
Masa : 8.30 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat,
                 Restoran Yasalam

Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat 01/2013
3. Perkara Berbangkit
4. Laporan Kewangan
5. Laporan Setiausaha
6. Perbincangan
-   Mesyuarat Agung Belia Wawasan Sri Pulai
-   Mesyuarat Agung PPTSPF1
7. Hal-hal lain

Jumaat, 8 Mac 2013

Mesyuarat Agung PPTSPF1

As-salam dan Salam Satu Malaysia,

Dimaklumkan kepada semua ahli persatuan bahawa Mesyuarat Agung persatuan akan di adakan seperti di bawah ini

Tarikh      :    23/3/2013
Masa        :    8.30 malam
Tempat   :    Gelanggang Serbaguna Taman Sri Pulai Fasa 1

 Kepada semua ahli persatuan dijemput hadir beramai-ramai bagi melantik AJK yang baru bagi sesi 2013/2015. Persatuan telahpun mengedarkan notis jemputan dan juga borang usul kepada warga taman untuk diisi dan di hantar kepada AJK. 

Pada hari mesyuarat tersebut warga taman yang belum menjadi ahli bolehlah berbuat demikian dengan mengisi borang yang disediakan serta membuat bayaran yuran keahlian RM12 bag tempoh satu tahun. Borang khairiat kematian juga disediakan.



Jumaat, 1 Mac 2013

Sukan Komuniti DUN Sikamat - FUTSAL

 




As-salam dan Selamat Sejahtera kepada semua warga taman,

Program Anak Muda Sikamat anjuran bersama Kelab Komuniti DUN Sikamat, Belia Warisan Sri Pulai dan Persatuan Penduduk Taman Sri Pulai 1 akan menganjurkan pertandingan Futsal Lelaki dan Perempuan seperti berikut :-

Tempat   : Gelanggang Serbaguna Taman Sri Pulai Fasa 1
Tarikh     :  17/03/2013 (Ahad)

Maklumat Penting :

1. Penyertaan tertutup untuk penduduk yg menetap di DUN Sikamat
2. Had umur 18 tahun hingga  40 tahun sahaja
3. Pertandingan  akan berakhir pada jam 5 petang.
4. Majlis penyampaian hadiah akan di adakan  di Taman College Height, Sikamat
5. Tiada bayaran penyertaan
6. Keputusan penganjur muktamad.


Sementara itu terdapat 2 acara sukan yang akan dijalankan secara serentak pada 17/3/2013 iaitu

1. Sepak takraw akan di adakan di Taman Desa Rhu
2. Bola Jaring akan di adakan di Taman Pelangi.