Written by DPMM Johor |
Friday, 21 August 2009 16:08 |
Ketika bergelar pekerja sepenuh masa, kita mungkin tidak berkesempatan untuk menyertai mana-mana pertubuhan atau persatuan. Niat murni yang terpendam di dalam hati tidak mampu dilaksanakan gara-gara sibuk dengan pelbagai urusan kerja dan rumah tangga. Jika terlibat pun, mungkin secara tidak langsung sahaja. Mungkin ramai yang bercadang untuk terus aktif dalam persatuan dengan pelbagai niat.
Di samping menyumbang bakti kepada masyarakat, tidak salah jika anda mengambil peluang ini terus memajukan diri misalnya meluaskan jaringan kenalan dan mencari peluang bisnes. Walaupun sudah tidak berkerjaya sepenuh masa tetapi anda harus bijak ‘mencipta’ kerjaya anda sendiri lepas bersara nanti.
Apa kebaikan menyertai persatuan?
Meluaskan rangkaian kenalan- kenalan yang ramai dapat membantu anda memulakan bisnes ataupun mencari pelanggan-pelanggan baru bagi syarikat anda sendiri atau majikan baru anda.Ingat, bisnes kecil boleh jadi besar jika anda bijak berkata-kata.
Pelanggan baru
Bagi meyakinkan pelanggan tentang kualiti produk atau perkhidmatan yang anda usahakan, anda adalah testimoni terbaik. Jadi, lebih mudah untuk anda menceritakan tentang manfaat produk anda kepada bakal pelanggan anda.
Maklumat terkini
Melalui persatuan, anda juga dapat mengetahui perkembangan semasa dalam apa jua bidang sama ada politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Jadi, anda tidak akan dikategorikan sebagai ‘katak di bawah tempurung’. Anda juga boleh melihat pelbagai ragam, sikap ahli-ahli yang lain dan berusahalah mendekati mereka yang berjaya. Kongsi tip dan rahsia mereka mencipta kejayaan agar anda terus bersemangat.
Sumber kewangan atau mencari rakan kongsi
Untuk memilih rakan kongsi anda perlu berhati-hati. Jangan pilih yang sebarangan sebaliknya kenali mereka terlebih dahulu. Dan caranya melalui persatuan. Mungkin ada di kalangan mereka yang mempunyai misi dan visi seperti anda. Jadi tidak mustahil rakan kongsi yang dicari akan anda temui di sana.
Mempelajari perkara baru
Sebelum ini mungkin anda tidak pernah tahu tentang protokol bagi menyambut tetamu, cara berhadapan dengan orang kenamaan dan macam-macam lagi. Berpersatuan dapat membuka minda anda dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi keyakinan diri.
Sudahkah anda menjadi ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia? Sila berhubung dengan DPMM negeri masing-masing bagi langkah selanjutnya.
|
No.101 Jalan Sri Pulai 5, Taman Sri Pulai, 70400 Seremban, Negeri Sembilan email:sripulai1@gmail.com
Isnin, 23 Mei 2011
"Kebaikan Bepersatuan" - suntingan petikan daripada web Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan