Isnin, 17 Oktober 2011

PERTANDINGAN FUTSAL DUN SIKAMAT DAN JAMUAN PERPADUAN

Salam warga taman semua, PPTSPF1  dengan kerjasama Biro Sukan UMNO Bahagian Seremban akan menganjurkan pertandingan Futsal Lelaki DUN Sikamat pada 22/10/2011. Acara akan dimulai dengan senamrobik di Dataran Sri Pulai 3, senamrobik ini dikelolai oleh UMNO Cawangan Sri Pulai 3. Semua dijemput hadir.

Pertandingan  Futsal  akan di adakan dalam 2 kategori iaitu Lelaki Bawah 14 tahun dan Lelaki Dewasa. Seterusnya, Pertandingan Futsal Lelaki bawah 14 tahun akan dijalankan di Gelanggang Serbaguna Taman Sri Pulai 1 manakala untuk Kategori Lelaki Dewasa akan dijalankan serentak di Gelanggang Futsal Paroi. Untuk kategori Lelaki dewasa pertandingan Separuh Akhir dan Akhir akan di jalankan di Gelanggang Serbaguna Taman Sri Pulai 1. 4 pasukan terbaik akan mewakili DUN Sikamat untuk bertanding ke peringkat Parlimen.

Penyampaian hadiah untuk kedua-dua kategori akan disampaikan pada pukul 8.00 malam semasa Jamuan Perpaduan berlangsung. Hadiah akan disampaikan oleh YBhg. Dato' Ishak Ismail, Ketua Umno Bahagian Seremban merangkap Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Seremban.

Persatuan berharap semua warga taman akan dapat keluar beramai-ramai untuk menjayakan program ini.

Untuk makluman semua aturcara majlis adalah seperti berikut:-

Masa                                     Aktiviti
7.00 pagi          -         Kehadiran Warga Taman
7.30 pagi          -         Senamrobik- Dataran Sri Pulai 3
8.30 pagi          -         Pertandingan Peringkat Kumpulan Futsal Dewasa dan Bawah 14 tahun
5.45 petang       -         Pertandingan Separuh Akhir dan Akhir Futsal Dewasa dan Bawah 14 tahun
7.00 malam        -         Rehat dan solat Magrib
8.30malam         -         Bacaan Doa
8.40malam         -         Ucapan
9.30 malam        -         Majlis Penyampaian Hadiah
11.00 malam      -         Jamuan dan Bersurai


Tiada ulasan: