Malam tadi Jabatan Kesihatan Seremban bahagian Vektor, telah menjalankan semburan menyahkan nyamuk aedes di Jalan SP6, SP7 dan SP8 disebabkan berlakunya serangan demam denggi di Rumah No 135, Jalan SP7.
Dengan 4 pekerja dan 2 pegawai, aktiviti semburan telah berjalan dengan lancar. Kebanyakan semburan di lakukan di luar rumah cuma beberapa buah rumah yg membenarkan semburan dilakukan di dalam rumah.
Kepada warga taman di harap dapat memastikan tiada air bertakung yg membolehkan pembiakan nyamuk aedes di sekitar rumah masing-masing. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan