Pada malam tadi warga Taman Sri Pulai 1,2 dan 3 telah keluar beramai-ramai untuk mengambil tong sampah beroda yang disediakan oleh SWM. Jalan kearah Surau Sri Pulai agak sesak terutamanya selepas warga jam 6 petang sehingga 10 malam. Walaupun, penyerahan ini berlangsung selama 2 hari, warga taman tidak menunggu sehingga saat-saat akhir. Sikap ini haruslah di puji.
Saudara Pian, Din, Along dan Amin di antara warga taman yang hadir pada malam semalam.
Untuk makluman warga taman, terdapat peraturan-peraturan yang telah ditetapkan seperti tong sampah tidak dibenarkan di ikat pada mana-mana objek, sampah hendaklah dikiat sebelum dimasukkan kedalam tong sampah dan sebagainya. Sila baca dengan teliti peraturan-peraturan tersebut seperti yang tertera pada 'flyer' yang diberikan ketika mengabil tong sampah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan