Isnin, 13 Februari 2012

Solat Jumaat Bersama Perdana Menteri di Masjid Sikamat

Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang lalu, Masjid Sikamat menjadi perhatian penduduk DUN Sikmat, dan warga Sri Pulai khasnya. Sempena lawatan rasmi PM ke Negeri Sembilan, PM telah sudi bersolat Jumaat di masjid kariah kita.



Sejak jam 11 pagi lagi masjid telah mulai sesak dengan kehadiran jemaah untuk bersolat bersama-sama dengan PM. Selepas solat Jumaat jemaah berebut-rebut untuk bersalaman dan melihat dengan lebih dekat rupa paras PM. 




Apak dan Din
Ramai warga taman yang berkesempatan bersalaman dengan PM. Semoga dengan kehadiran PM di DUN Sikamat akan memberi impak kepada pilihan raya umum yang bakal di adakan pada bila-bila masa.

Diharapkan, Balai raya yang telah dijanjikan untuk taman kita akan menjadi kenyataan.  

Walaubagaimanpun, ada juga jemaah yang melahirkan rasa tidak puas hati kerana Imam, Khatib dan Bilal yang bertugas pada hari itu di "Import" dari luar. 





Tiada ulasan: