Ahad, 28 Ogos 2011

RONDAAN BERKALA DARI PDRM, JALAN CAMPBELL


Demi keselamatan taman kita pihak persatuan telah memohon Polis Diraja Malaysia untuk membuat rondaan secara berkala di taman kita mulai 27/8/11 hingga 4/9/11. Pihak PDRM telah pun bersetuju dengan permohonan persatuan. Semoga dengan rondaan ini taman kita akan berada di dalam keadaan selamat.

PASTIKAN RUMAH ANDA DIKUNCI SEBELUM PULANG KE KAMPUNG

Persatuan menasihati semua warga taman yang akan pulang ke kampung agar memastikan semua pintu dan tingkap dikunci. Semua peralatan elektrik yang tidak digunakan dan  gas masak telah diperiksa.

Sekiranya ada sebarang masalah ketika bercuti di kampung boleh lah menghubungi AJK persatuan yang tidak pulang ke kampung iaitu Abg Nasir di  N0 114, Jalan 6 di talian 013-2290740.


Rabu, 24 Ogos 2011

TAKBIR RAYA DI TAMAN SRI PULAI 1

Persatuan ingin memaklumkan tradisi takbir raya akan diteruskan pada tahun ini. Seperti biasa program ini akan dipimpin oleh  Ustaz Zaher Rudin. Sehingga saat ini 9 rumah telah menyatakan kesediaan untuk bertakbir di rumah masing -masing iaitu:-

1. Ustaz Zaher Rudin  Mokhtar
2. Azman Bin Mohd Yusof
3. Ramlee Saminan
4. Aminullah Anuar
5. Mohammed Asalam
6. Shamsuri Kamarudin
7. Ustaz Mohd Nazaif  Mohd Nasir
8. Mohd Naser Umar (akan mengesahkan sekali lagi)
9. Badrul Hisham Abdul Halim (akan mengesahkan sekali lagi)

Kepada yang masih berminat masih boleh berdaftar dengan memaklumkan kepada SU atau terus kepada Ustaz Zaher.

Persatuan juga meminta kerjasama semua utk war war kan kepada ahli-ahli yang lain.

Isnin, 22 Ogos 2011

JLN PERSIARAN SP DAN JALAN 4 BERMANDIKAN CAHAYA PELITA

Pada petang Ahad yang lepas satu aktiviti gotong-royong memasang pelita di jalan Persiaran SP dan Jalan SP4 sempena sambutan Hari Raya yang akan menjelang. Persatuan mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli yang turut serta dalam aktiviti ini.

Persatuan berharap kepada mana-mana individu yang ingin memberikan sumbangan wang untuk pembelian minyak bagi menampung 100 buah pelita yang telah dipasang.

Kaunter Zakat Di Jalan SP4

Alhamdulillah pada malam Sabtu yang lepas Kaunter zakat yang dibuka di jalan SP4 mendapat sambutan. Lebih daripada 100 orang (termasuk isi rumah) telah membuat bayaran zakat fitrah kepada Amil yang dilantik, Ustaz Zaher Rudin.

Persatuan juga mengucapan jutaan terima kasih kepada En Arifin (Apak) kerana telah menyediakan makanan untuk mereka yang hadir. Semoga Allah memurahkan rezekinya.

Disamping itu juga Borang Balik Kampung Sempena cuti Hari Raya Aidil Fitri untuk diserahkan kepada Polis turut diedarkan. Diharapkan warga dapat dapat mengisi dan menghantar borang tersebut kepada AJK-AJK persatuan atau menghantar terus kepada SU. Borang juga boleh di dapati  dan di muat naik  di laman blog ini.

SUMBANGAN HARI RAYA DISALURKAN KEPADA YG MEMERLUKAN

Persatuan melalui Biro Kebajikan telah menyampaikan sumbangan hari raya kepada ahli-ahli yang memerlukan. Pada kali ini sumbangan diagihkan kepada 3 kategori iaitu OKU, Ibu Tunggal dan juga kepada ahli yang mendapat bayi baru. Hadiah telah disampaikan sediri oleh Pn Ani Rahli , SU persatuan dan juga AJK Biro Kebajikan sendiri. Semoga sumbangan yang kecil ini sedikit sebanyak dapat memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang akan datang.

Dibawah ini adalah sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat dirakamkan untuk makluman semua.







Sabtu, 20 Ogos 2011

Banner Hari Raya di pasang di Jalan Persiaran SP dan Jln SP4

GOTONG ROYONG PASANG PELITA

Pihak persatuan telah bersetuju untuk menceriakan taman kita dengan kilauan cahaya pelita di jalan Persiaran Sri Pulai dan juga Jalan Sri Pulai 4.

Sehubungan dengan itu semua warga taman dijemput hadir pada pukul 5 petang ke pondok kawalan 1 atau 2 untuk memasang 100 unit pelita  di jalan yang dinyatakan di atas.

Kepada warga taman yang ingin membei sumbangan utk aktiviti ini boleh lah menghubungi Saudari Din/ Apak utk Jln SP 4 atau En Naser/Hamzah utk Jalan Persiaran SP.

Semoga malam-malam raya di taman kita lebih ceria dan indah.

30/2012 :Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2012

Balai vPolis Sikamat
Untuk makluman warga taman, Sempena cuti Hari Raya Aidil Fitri 2012, pihak persatuan telah memohon kerjasama Polis Diraja Malaysia, Cawangan Sikamat untuk melakukan rondaan secara berkala ke taman kita sepanjang minggu pertama sambutan hari raya tahun ini.

Rondaan ini akan dbantu oleh ahli-ahli taman yang tidak pulang ke kampung. Kepada mereka yang ingin turut serta dalam rondaan ini bolehlah menghubungi En Hamzah Manan atau En Shamsuri Kamaruddin.

Harapan persatuan, agar rondaan ini akan dapat mengelakkan dari  aktiviti pecah rumah, kecurian dan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku ditaman kita. Sehubungan dengan itu , Persatuan telahpun menghantar senarai warga taman yang bercuti melebihi 3 hari kepada Balai Polis Sikamat. Kepada warga taman yang belum menghantar borang balik kampung boleh juga menghantar terus kepada Balai Polis Sikamat pada bila-bila masa.
Keselamatan taman kita adalah tanggungjawab bersama.




Kaunter Zakat di Pondok Kawalan 2 , Jalan SP 4

Persatuan mengucapkan salam Ramadan kepada semua warga taman.

Malam ini Kaunter Bayaran zakat akan dibuka di Pondok Kawalan 2, Jalan SP4 jam 11 malam. Warga taman di jemput beramai-ramai hadir.

Di samping itu juga, warga taman mendapatkan borang Bancian dan Yuran ahli (RM12), borang Khairat Kematian (RM13) utk satu keluarga serta borang Qurban (RM400 - 1 bhgian).

Taman kita tanggungjawab kita.

Ahad, 14 Ogos 2011

Pungutan Zakat Fitrah di Pondok Kawalan 2

Salam Ramadhan kepada warga taman yang beragama Islam. Persatuan dengan kerjasama Ustaz Zaher Rudin (Pegawai Agama Majlis Agama Islam NS) akan menyediakan kaunter  pembayaran zakat fitrah kepada warga Taman Sri Pulai dan taman-taman berhampiran.

Tempat : Pondok Kawalan 2, Jalan SP4
Tarikh   : 20/8/2011
Masa    : 11 malam
Kadar Zakat seorang : RM6.50 bersamaan 2.751 kilogram harga beras semasa
Amil : Ustaz Hj Zaher Rudin Bin Hj Mokhtar (amil yang dilantik oleh PZNS) seperti gambar disebelah.

Disamping itu borang untuk menyertai Program Ibadah Qurban/Aqiqah utk tahun ini juga di sediakan. Untuk Makluman semua pada tahun ini Persatuan akan menyelaraskan program ini untuk kemudahan semua. Tahun ini taman kita akan mengorbankan 3 ekor lembu bersamaan dengan 21 bahagian. Setakat hari ini  8 bahagian telah di tempah oleh warga taman  dan sekarang cuma tinggal 13 bahagian lagi.  Satu bahagian bersamaan dengan RM400.

Disamping itu borang takaful berkelompok, borang ahli dan borang yuran tahunan juga akan disediakan pada tarikh ini.
 
Persatuan berharap warga taman akan dapat hadir untuk membayar zakat dan mengwar war kan kepada warga taman Sri Pulai dan juga rakan-rakan di taman yang bedekatan.
 

Ahad, 7 Ogos 2011

Takziah kepada Syed Shariffudin bin Syed Nordin

Persatuan mengucapkan Takziah kepada Syed Shariffudin, No 20, Jln SP4, juga merupakan AJK persatuan keatas pemergian bapa mertuannya kerahmatullah petang tadi. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat serta diletakkan rohnya dikalangan orang-orang beriman, insyaallah. Marilah kita semua membacakan Surah AL-FATIHAH kepada roh allahyarham.

Jumaat, 5 Ogos 2011

AJK Persatuan terbabit dalam Kemalangan

Untuk makluman, Syed Syariffuddin (Sy Din) AJK persatuan telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya semalam. Alhamdulillah beliau tidak mengalami sebarang kecederaan mental dan fizikal. Walaubagaimanapun, kereta beliau telah dihantar ke wokshop untuk di baiki. Persatuan berharap beliau tabah dalam menghadapi dugaan ini.

Sehubungan dengan itu, Persatuan senantiasa mendoakan semua AJK dan warga taman khususnya berada dalam situasi yang sihat, selamat dan tenang dalam meneruskan kehidupan masing-masing.

Marilah kita sama-sama menjaga keselamatan dan kesihatan diri kita bagi mengelakkan sebarang permasalahan.

Khamis, 4 Ogos 2011

AJK Biro Perhubungan, Koordinasi Dan keagamaan Dimasukkan ke Hospital KPJ, Seremban

Persatuan dikhabarkan Haji Zainudin dari Jalan SP 6, telah dimasukkan ke hospital semalam. Marilah kita sama-sama berdoa semoga Sahabat kita cepat sembuh. Haji Zainudin ialah AJK Biro Perhubungan, Koordinasi Dan Keagamaan Persatuan yg dipilih pada Mesyuarat Agung yang lalu.

Isnin, 1 Ogos 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL MUBARAK

Persatuan mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-mubarak kepada semua penduduk taman yang beragama Islam. Persatuan mendoakan agar keberkatan Ramadhan akan menyuburi ketaqwaan dan keimanan warga taman   semua.

Pengagihan Jalur Gemilang Di Taman Sri Pulai 1

Pada malam Sabtu yang lepas telah berlangsungnya pengagihan jalur gemilang di Taman Sri Pulai 1. Pengagihan telah berlangsung di Pondok Kawalan Jalan Persiaran Sri Pulai. Sebanyak 50 jalur gemilang telah di serahkan kepada wakil rumah 2 tingkat.




AJK persatuan juga telah mengedarkan jalur gemilang dari rumah ke rumah yang diketua oleh Pengerusi sendiri.





Diharapkan kepada semua warga taman dapat mengibarkan jalur gemilang di rumah mereka bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan pada tahun ini.

Pelancaran Semarak Kibarkan Jalur Gemilang dan Kembara Jalur Gemilang Ramdhan 2011 Peringkat Negeri Sembilan

Pengerusi menerima bungkusan bendera daripada YB Dato' Mohamad Razi Kail



Pada Hari sabtu yang lepas bertempat di Stesen Petronas Jalan Rahang, Seremban, telah berlangsungnya Pelancaran Semarak Kibarkan Jalur Gemilang dan Kembara Jalur Gemilang Ramdhan 2011 Peringkat Negeri Sembilan. Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh YB Dato' Mohamad Razi KAil, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan,Kebudayaan Kesenian dan Adat Istiadat Negeri Sembilan. Majlis anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sembilan ini mendapat sambutan hangat dari masyarakat setempat.

Persatuan kita diwakili oleh Pengerusi, Bendahari dan juga Setiausaha.