Selasa, 29 Januari 2013

Butiran Mesyuarat AJK 01/2013 pada 25/1/2013

As-salam dan Salam Sejahtera Kepada Semua Warga Taman,

Bertempat di Bilik Mesyuarat, Restoran Yasalam, Sri Pulai telah di adakan Mesyuarat AJK PPTSPF1 yang pertama bagi tahun 2013 dan kami titipkan isu-isu yang telah dibincangkan dan dipersetujui untuk perkongsian bersama.

  • Mesyuarat Agung akan di adakan pada 23/3/2013 pada hari Sabtu serentak dengan Pelancaran Belia Wawasan Sri Pulai dan juga taklimat penerangan KRT.
  • Persatuan akan memohon Tong RORO daripada SWM untuk kegunaan warga taman dari kaum tionghua khasnya bagi membuang barang-barang terpakai sempena menyambut Tahun baru Cina yang akan datang. Tong RORO akan ditempatkan di Persiaran Sri Pulai berhadapan dengan simpang Jalan Sri Pulai 5.
  • Persatuan telah pun menampal senarai aktivti-aktiviti yang telah dijalankan di kedua-dua Pondok Kawalan. Bagi tahun 2012 persatuan telahpun melaksanakan 20 aktiviti untuk warga taman.
  • Pengerusi penaja Belia Wawasan Sri Pulai (BWSP) menyatakan sehingga tarikh mesyuarat ini di adakan jumlah keahlian yang telah di terima adalah seramai 40 orang dan dijangka bertambah menjelang Mesyuarat Agung pada bulan Mac ini. PPTSPF1 bersetuju menaja 2 kain rentang untuk tujuan promosi mendapatkan keahlian BWSP.
  • Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju kutipan bayaran sewa Gelanggang Serbaguna yang dikutip hendaklah diserahkan terus kepada Bendahari pada setiap bulan.
  • Mengsyorkan supaya Biro Wanita membuat kunjungan mesra ke rumah Pn. Zariah Haji Azahari, No 141, Jalan SP8 yang menghadapi masalah kesihatan.
  • Ucapan terima kasih kepada PSU dan AJK terlibat yang telah membantu Warga taman yang terlibat dengan ribut pada bulan yang lepas. Kerjasama ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan.
  • Pengerusi memberitahu PPTSPF1 telah menerima Geran RM10 ribu daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).  Mesyuarat bersetuju untuk menggunakan geran yang diberi bagi pembinaan kabin yang dilengkapi dengan elektrik, penghawa dingin, fail kabinet, meja dan kerusi bagi kegunaan Persatuan.
  • Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.55 malam.
     
Harap maklum.

Khamis, 24 Januari 2013

MESYUARAT AJK PPTSPF1 01/2013


Mesyuarat AJK PPTSPF1 01/2013

 



Sukacita dimaklumkan Mesyuarat AJK PPTSPF1 01/2013 akan di adakan seperti berikut :

Tarikh : 25/1/2013
Masa : 8.30 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat,
                 Restoran Yasalam

Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat 03/2012
3. Perkara Berbangkit
4. Laporan Kewangan
5. Laporan Setiausaha
-   Mesyuarat Agung Belia Wawasan Sri Pulai
-   Mesyuarat Agung PPTSPF1
6. Perbincangan
- Aktiviti 2013 Mengikut Biro-Biro
7. Hal-hal lain

Semua AJK Persatuan dan AJK Belia Wawasan Sri Pulai dijemput hadir.

Khamis, 10 Januari 2013

WALIMATUL URUS MOH SALEHUDIN SULAIMAN

As-salam dan Salam sejahtera kepada warga taman,

Persatuan menerima jemputan  dari Keluarga Hajah Milah Md Jidin yang menjemput warga taman  ke majlis perkahwinan putera beliau, Mohd Salehudin Hj. Sulaiman (017-356 1989). Majlis akan di adakan seperti berikut :

Tarikh : 12 Januari 2013
Hari : Sabtu
Alamat : No 352, Taman  Rashibah Indah

Kehadiran  warga taman akan menceriakan majlis ini.

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar Melawan Taman Warisan Puteri





 
Satu perlawanan persahabatan Bola Tampar melawan pasukan Bola Tampar Taman Warisan Puteri akan di adakan seperti berikut :-
 
Tarikh  :  13/1/2013
Hari : Ahad
Masa : 5 petang
Tempat : Gelanggang Serbaguna Taman kita 
 
Kepada rakan-rakan yang mempunyai kelapangan bolehlah menghadirkan diri untuk memberi sokongan moral kepada pasukan Bola Tampar taman kita.
 
Majulah Sukan untuk semua.