Isnin, 31 Oktober 2011

Sambutan Hari Raya Qurban dan Takbir Raya

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)


Semua warga muslimin  akan menyambut hari raya Aidil Adha pada Ahad ini bersamaan 6/11/2011.

Alhamdulillah, terdapat 21 bahagian penyertaan Qurban dari warga taman kita dan 3 ekor lembu akan dikorbankan pada kali ini. Seperti dua tahun lepas Ustaz Zaher Rudin akan mengetuai program ini.

Kepada ketua rumah warga muslimin yang ingin rumah mereka turut serta dlm program Takbir raya pada malam hari raya bolehlah mendaftar atau memaklumkan terus kepada Ustaz Zaher Rudin atau AJK persatuan dengan kadar segera. Tolong war warkan kepada warga taman yg lain.

Notis mengenai kedua-dua program ini akan dihantar kepada warga muslimin dalam tempoh terdekat ini.

Hobin Jang Hobin

Persatuan mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak N9 yang telah berjaya menewaskan Terengganu dengan keputusan 2-1. Kemenangan ini turut disumbangkan oleh penyokong-penyokong N9 termasuk juga dari taman kita.

"Konvoi" yang diketuai oleh Ustaz Nafaiz telah berkumpul di Pondok Kawalan 2 pada jam 5.10 ptg dan bacaan doa "kemenangan dan keselamatan" dibaca  bagi memohon kepada yg Esa supaya perjalanan konvoi dari taman kita selamat pergi dan selamat pulang dengan kemenangan.



Bergambar di LEKAS highway...
 


 Gambar ketika jaringan kedua N9 .. jeritan kegembiraan



1.30am - meraikan kemenangan dengan makan besar di kedai Ucop.....

Rabu, 26 Oktober 2011

TERIMA KASIH SEMUA


Minggu lepas merupakan minggu yang sibuk kepada Persatuan Penduduk Tmn Sri Pulai 1. Persatuan telah dipilih oleh Dato' Ishak Ismail, Ketua UMNO Bahagian Seremban merangkap Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Seremban untuk menganjurkan Pertandingan Futsal DUN Sikamat dan Jamuan Mesra Bersama Pemimpin. 

Untuk merealisasikan tersergamnya Balai Komuniti di  taman kita akhirnya persatuan bersetuju untuk menganjurkan 2 program yang dinyatakan iaitu Pertandingan Futsal Lelaki DUN Sikamat dan Jamuan Mesra Bersama Pemimpin di taman kita. Dengan berkat kesabaran, komitmen yang tinggi dan kerjasama dari  semua AJK dan warga taman, kedua-dua program telah berjalan dengan lancar.

Di antara faedah yang warga taman kecapi dari program ini  ialah 6 pasukan futsal taman kita dapat bertanding dlm pertandingan Futsal secara percuma, sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggal, sumbangan RM3000.00 kepada tabung persatuan, pembinaan Balai Komuniti di taman kita dan yang paling penting sekali ialah kedua-dua program ini telah merapatkan lagi silaturrahim di antara warga taman.

Persatuan juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Biro Sukan UMNO Bahgian Serenban dibawa selian Sdra Samad yang banyak membantu persatuan bagi melancarkan program ini.

Syabas kepada semua yang menjayakan program ini.

Keputusan penuh pertandingan futsal adalah seperti berikut :

KEPUTUSAN PERTANDINGAN FUTSAL LELAKI  DUN SIKAMAT 2011
KATEGORI LELAKI DEWASA KATEGORI LELAKI BAWAH 12 - 14 THN
1 JOHAN MBF MATA FUNGSI 1 JOHAN MUHRIZ FC
2 NAIB JOHAN INTER PELANGI FC B 2 NAIB JOHAN 9FC
3 TEMPAT KETIGA SP3A 3 TEMPAT KETIGA RAHSIA FC
4 TEMPAT KE EMPAT PEMUDA TAMAN PAROI JAYA INDAH B 4 TEMPAT KE EMPAT RUMBLE FC
5 TEMPAT KELIMA BEACH BOY FC KATEGORI LELAKI BAWAH 12 - 14 THN
6 TEMPAT KEENAM PEMUDA TAMAN PAROI JAYA INDAH A 1 JOHAN PALANG FC
JARINGAN PASUKAN TERBANYAK  : INTER PELANGI FC B (27 JARINGAN) 2 NAIB JOHAN TEAM BROTHERS KIDS
3 TEMPAT KETIGA CORAL BOYZ FC
4 TEMPAT KE EMPAT 8 WARRIORS

Jumaat, 21 Oktober 2011

Jadual Perlawanan Futsal Lelaki Dewasa DUN Sikamat

Kepada warga taman anda boleh mendapatkan Jadual perlawanan Futsal Lelaki Dewasa dan juga Jadual Mata Mengikut Kumpulan di Menu "Download Borang-Borang Persatuan" di sebelah kanan blog ini.

Terdapat 91 perlawanan diperingkat kumpulan dan 13 perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Gambar Sekitar Persiapan Urusetia Futsal Di Balai Raya Kg Merbah

Untuk makluman warga taman, Urusetia Pertandingan Futsal Dun Sikamat telah bertungkus lumus untuk menyiapkan jadual permainan yang berjumlah lebih 100 perlawanan yang akan di adakan pada esok hari.





Khamis, 20 Oktober 2011

Perubahan Tempat Perlawanan Pertandingan Futsal 22/10/2011

Salam Satu Malaysia,

Untuk makluman semua peserta pertandingan futsal, terdapat perubahan tempat pertandingan, bagi kategori Lelaki Dewasa semua perlawanan termasuk separuh akhir dan akhir di adakan di Gelanggang Futsal, Paroi.

Manakala bagi kategori Lelaki Bawah 14 tahun akan diadakan di Gelanggang Serbaguna Taman Sri Pulai 1 seperti yang telah dimaklumkan.

Rabu, 19 Oktober 2011

Pertandingan Futsal DUN Sikamat

Pada 18/10/2011 jam 9.00 malam bertempat di Balai Raya Kg Merbah, telah berlangsungnya Cabutan undi untuk Pertandingan Futsal Lelaki Dewasa dan Bawah 14 Tahun anjuran bersama PPTSPF1 dan Biro Sukan UMNO Bahagian Seremban.

Seramai 47 pasukan akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Keputusan Cabutan undi adalah seperti berikut :

No Nama Kumpulan Kumpulan Kategori  Nama Pengurus No Telefon
1 Pemuda Taman Paroi Jaya Indah A A L - DEWASA Zulhaniff Zainal Abidin 012-3493866
2 Sikamat FC A L - DEWASA Zul Hisham 012-3514135
3 Sri Pulai 1 A A L - DEWASA Arifin Yusof 017-2398499
4 Sapitos FC A L - DEWASA Hykal Sharidan Aznan 013-3630310
5 Beach Boy FC A L - DEWASA Mohd Zaid Madzin 013-6227329
6 Three FC A L - DEWASA Mohd Shafiq Ali 013-6492340
7 Retro B A L - DEWASA Zakaria Yahya 012-6580785
8 Pemuda Taman Paroi Jaya Indah B B L - DEWASA Zulhaniff Zainal Abidin 012-3493866
9 Cawangan Perumahan Sikamat A B L - DEWASA Mohd Azreen baharudin 012-2480910
10 Sri Pulai 1 B B L - DEWASA Arifin Yusof 017-2398499
11 Brothers United A B L - DEWASA Shaharuddin Mohd Sani 012-6836102
12 Inter Pelangi FC A B L - DEWASA Abang Omar NA
13 MBF Mata Fungsi B L - DEWASA Mohd Hambau Ishak 012-2877696
14 Mata Fungsi Jr B L - DEWASA Mohd Hambau Ishak 012-2877696
15 Sinar Baru A B L - DEWASA Ishak Bin ismail 010-4296001
16 Cawangan Perumahan Sikamat B C L - DEWASA Mohd Azreen baharudin 012-2480910
17 Brothers United B C L - DEWASA Shaharuddin Mohd Sani 012-6836102
18 Boboiy Byond C L - DEWASA Mohd Hanan Mohd Rashdan 017-6925551
19 Inter Pelangi FC B C L - DEWASA Abang Omar NA
20 Klana Maamor FC C L - DEWASA Mohd Razi Zainal Abidin (AMIR) 017-6991477
21 SP3 A C L - DEWASA Satar Lebar 012-9703575
22 Retro C C L - DEWASA Zakaria Yahya 012-6580785
23 Pemuda Taman Paroi Jaya Indah A D L - DEWASA Zulhaniff Zainal Abidin 012-3493866
24 Pearl FC D L - DEWASA Mahmud Abdullah 013-3035129
25 SP3 B D L - DEWASA Mohd Amir Mohd Nor 017-2295744
26 Cawangan Jalan Penghulu Chantik D L - DEWASA Sheikh Yassik Arfat 013-3949172
27 Independent futsal FC D L - DEWASA Darshen Chandarasekaran 014-9683381
28 Retro A D L - DEWASA Zakaria Yahya 012-6580785
29 Cawangan  Pemuda Taman Zaiton D L - DEWASA Eddy (Teleng) 012-6248807
30 Tiger Football Star A L - B 14 Muideen Asinnar 012-6906824
31 TDBR FC A L - B 14 Hasrul Heidi 017-6047250
32 Soccer Junior A A L - B 14 Abdul Samad  012-6057689
33 Palang FC A L - B 14 Azman Majid 017-2589552
34 9FC B L - B 14 Asif Mirza Mahmood 019-2632946
35 Rahsia FC B L - B 14 Arifin Yusof 017-2398499
36 Muhriz  FC B L - B 14 Faizul Henry Firdaus 012-9419413
37 Romble FC B L - B 14 Khaidzeer Hj Kedah 012-6189292
38 Sinar Baru (B) B L - B 14 Ishak Bin ismail 010-4296001
39 8 Warriors C L - B 14 Anaz Nazri  019-2188752
40 Pelangi FC C L - B 14 Mohd Shawal 012-6891047
41 Soccer Junior B C L - B 14 Abdul Samad  012-6057689
42 Team Brothers Kids C L - B 14 Zulkifku Sean 012-3461854
43 Super FC D L - B 14 Amirul ZazwanLatif 012-2776406
44 The Eagle FC D L - B 14 Mat Soom Abu Hashim 017-3463806
45 Coral Boyz FC D L - B 14 Mohd Fahan Abu Aziz 016-9754973
46 Sri Pulai Warior D L - B 14 Zuraimi Ayub 019-6572050
47 TCH FC D L - B 14 NA NA

Isnin, 17 Oktober 2011

PERTANDINGAN FUTSAL DUN SIKAMAT DAN JAMUAN PERPADUAN

Salam warga taman semua, PPTSPF1  dengan kerjasama Biro Sukan UMNO Bahagian Seremban akan menganjurkan pertandingan Futsal Lelaki DUN Sikamat pada 22/10/2011. Acara akan dimulai dengan senamrobik di Dataran Sri Pulai 3, senamrobik ini dikelolai oleh UMNO Cawangan Sri Pulai 3. Semua dijemput hadir.

Pertandingan  Futsal  akan di adakan dalam 2 kategori iaitu Lelaki Bawah 14 tahun dan Lelaki Dewasa. Seterusnya, Pertandingan Futsal Lelaki bawah 14 tahun akan dijalankan di Gelanggang Serbaguna Taman Sri Pulai 1 manakala untuk Kategori Lelaki Dewasa akan dijalankan serentak di Gelanggang Futsal Paroi. Untuk kategori Lelaki dewasa pertandingan Separuh Akhir dan Akhir akan di jalankan di Gelanggang Serbaguna Taman Sri Pulai 1. 4 pasukan terbaik akan mewakili DUN Sikamat untuk bertanding ke peringkat Parlimen.

Penyampaian hadiah untuk kedua-dua kategori akan disampaikan pada pukul 8.00 malam semasa Jamuan Perpaduan berlangsung. Hadiah akan disampaikan oleh YBhg. Dato' Ishak Ismail, Ketua Umno Bahagian Seremban merangkap Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Seremban.

Persatuan berharap semua warga taman akan dapat keluar beramai-ramai untuk menjayakan program ini.

Untuk makluman semua aturcara majlis adalah seperti berikut:-

Masa                                     Aktiviti
7.00 pagi          -         Kehadiran Warga Taman
7.30 pagi          -         Senamrobik- Dataran Sri Pulai 3
8.30 pagi          -         Pertandingan Peringkat Kumpulan Futsal Dewasa dan Bawah 14 tahun
5.45 petang       -         Pertandingan Separuh Akhir dan Akhir Futsal Dewasa dan Bawah 14 tahun
7.00 malam        -         Rehat dan solat Magrib
8.30malam         -         Bacaan Doa
8.40malam         -         Ucapan
9.30 malam        -         Majlis Penyampaian Hadiah
11.00 malam      -         Jamuan dan Bersurai