Isnin, 31 Oktober 2011

Sambutan Hari Raya Qurban dan Takbir Raya

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)


Semua warga muslimin  akan menyambut hari raya Aidil Adha pada Ahad ini bersamaan 6/11/2011.

Alhamdulillah, terdapat 21 bahagian penyertaan Qurban dari warga taman kita dan 3 ekor lembu akan dikorbankan pada kali ini. Seperti dua tahun lepas Ustaz Zaher Rudin akan mengetuai program ini.

Kepada ketua rumah warga muslimin yang ingin rumah mereka turut serta dlm program Takbir raya pada malam hari raya bolehlah mendaftar atau memaklumkan terus kepada Ustaz Zaher Rudin atau AJK persatuan dengan kadar segera. Tolong war warkan kepada warga taman yg lain.

Notis mengenai kedua-dua program ini akan dihantar kepada warga muslimin dalam tempoh terdekat ini.

Tiada ulasan: