Isnin, 3 Oktober 2011

Program Qurban/Aqiqah 2011 (6 November 2011)


Seperti saban tahun, Persatuan akan menganjurkan aktiviti Qurban/Aqiqah di taman kita. Sehubungan dengan itu kepada warga taman yang berminat untuk turut serta dalam program ini bolehlah memuat naik borang Qurban/Aqiqah yang telah disediakan di laman ini (Menu :Borang persatuan disebelah kanan bawah). Borang juga boleh didapati pada Setiausaha dan Bendahari persatuan.

Untuk tahun ini harga sebahagian (1/7) adalah RM400.00. Sesiapa yang berminat di minta menghantar borang beserta bayaran kepada Haji Zainuddin, AJK Biro Perhubungan, Koordinasi dan Keagamaan, PPTSPF1.

Tarikh  : 6 November 2011
Masa    : Selepas solat Hari Raya Aidil Adha
Tempat : Taman Permainan

Bayaran juga boleh dibuat terus kepada Bendahari Persatuan dan juga Ustaz Zaher Rudin . Persatuan masih mengekalkan maksimum 3 ekor lembu untuk program Qurban/Aqiqah pada tahun ini.

Untuk makluman semua, Persatuan hanya menyelaraskan program Qurban ini sahaja bagi memastikan perjalanan program ini berjalan dengan lebih teratur..

Tiada ulasan: