Selasa, 18 Disember 2012

TAMAN SRI PULAI 1 DILANDA RIBUT


As-Salam dan Salam Satu Malaysia


18/12/2012 - Petang semalam, hujan lebat dan angin kencang telah menyebabkan atap atau rabung 20 buah rumah teres 2 tingkat di taman kita telah diterbangkan angin.

Gambar Ihsan Kak Ni
11 mangsa ribut telah pun membuat laporan polis, Zulazman , AJK Persatuan telahpun memanjangkan 11 nama mangsa ribut  kepada Pusat Aduan Bencana BN untuk mendapatkan bantuan dengan kadar segera. Sementara itu  kepada 9 lagi mangsa ribut dinasihatkan membuat laporan polis dan menyerahkan salinan kepada Zul Azman atau Yusri AJK persatuan untuk tindakan lanjut.

19/12/2012 - maklumat diterima dari Yusri, AJK Persatuan, alhamdulillah, kontraktor yang telah dilantik telah mula membaiki 11 rumah mangsa ribut.

Marilah kita sama-sama berdoa kepada ilahi semoga taman kita senantiasa dilindungi dari sebarang bencana.

Jumaat, 14 Disember 2012

KUTIPAN DERMA IKHLAS MEMBANTU ADIK MUHAMMAD AZWAR IDHZAM MOHD AZRAEI, MENGIDAP PENYAKIT HYDROCEPHALUS




 As-salam dan selamat sejahtera kepada Warga Sri Pulai 1,

 Untuk makluman warga taman anak kepada Sdra. Azraei Ahmad Zaki, No 15 Jln SP4, adik Muhammad Azwar Idhzam, 5 tahun telah mengidap penyakit Hydrocephalus (penambahan jumlah cecair serebrospina (CSF) yang tidak normal di dalam ventrikel otak) dan telah mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada minggu lepas. Adik Muhammad Azwar memerlukan rawatan dan ubatan susulan yang berterusan. 

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya”.
 
(Surah Al-Baqarah: 261)

Sehubungan dengan itu, Persatuan akan melancarkan kutipan derma dari rumah ke rumah untuk meringankan bebanan kos perubatan adik Muhamamd Azwar. ”Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”. Oleh itu Persatuan amat berharap warga taman dapat menderma seikhlas mungkin dan sama-sama berdoa semoga adik Muhammad Azwar akan sehat dan membesar seperti anak-anak kita. Warga taman juga boleh menghulurkan bantuan terus kepada keluarga adik Muhammad Azwar dengan menghubungi bapanya, Sdra. Azraei di talian  012-6114911.



Warga Malaysia juga boleh menyalurkannya derma melalui cash, cek atau transfer melalui internet/ATM kepada akaun persatuan seperti berikut:-

No Akaun Persatuan: 05-012-01-006397-5
Nama Bank           : Bank Islam, Cawangan Seremban
Nama Penerima     : Persatuan Penduduk Taman Sri Pulai Fasa 1

Resit akan di keluarkan oleh persatuan kepada yang memerlukan sahaja Untuk mennyelaraskan kutipan derma ini, Persatuan telah melantik :-

i-             Zulazman Bin Ab Karim,                 (No h/phone : 012-3892914)
ii-            Sdra Arifin Bin Md Yusof              (No h/phone : 017-2398499)

Selasa, 23 Oktober 2012

Takbir Raya Dari Rumah Ke Rumah Sempena Aidil Adha

Salam Aidil Adha



Kepada warga taman yang beragama Islam, dimaklumkan bahawa  program tahunan takbir raya dari rumah ke rumah sempena Hari Raya Korban akan di adakan pada malam hari raya (25/10/12) . Kepada semua yang ingin turut serta bolehlah berkumpul di rumah Ustaz Zaher Rudin jam 8 malam.
 
Marilah kita mengimarahkan malam hari raya dengan bertakbir, bertasbih dan bertahmid dan kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan dari segala malapetaka mungkin karena dosa-dosa yang pernah kita lakukan sengaja ataupun tidak sengaja.

Amin ya Rabbal Alamin!

Liputan Gotong-Royong Perdana 2 Pada 21/10/12

As-salam dan Salam Satu Malaysia

 
 


 
Pada hari Ahad yang lepas telah berlangsungnya Program Gotong-Royong Perdana 2, anjuran PPTSPF1 dengan kerjasama Belia Warisan Sri Pulai. Program kali ini menumpukan ke kawasan padang permainan kanak-kanak dan sekitarnya.


Warga taman berkumpul jam 8 pagi dan bersarapan di khemah yang disediakan. Program gotong-royong ini mendapat kerjasama dari Majlis Perbandaran Seremban yang telah melakukan pungutan sampah dan bahan buangan sebanyak 3 kali dengan bantuan warga taman. Jabatan Kesihatan Seremban turut serta dalam aktiviti gotong-royong dengan mengedarkan "abeits" untuk menghalang dari nyamuk aedes membiak dan flyers berkaitan demam denggi kepada warga taman.

SWM turut menempatkan sebuah tong roro di Jalan Persiaran Sri Pulai untuk kegunaan warga taman membuang barangan terpakai. Aktiviti Gotong-royong ini akan dapat mengekalkan kebersihan taman.
Warga taman boleh melihat 70 keping gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program ini dengan melayari picasaweb.google.com dan menaip "Gotong-Royong Sri Pulai 1 - 211012" di bahagian "search".

Kebersihan Taman Kita Adalah Tangungjawab Kita






Isnin, 15 Oktober 2012

LARIAN KECERGASAN KOMUNITI 1 MALAYSIA DAERAH SEREMBAN



As-salam dan Salam Satu Malaysia

Pejabat Belia Sukan Daerah Seremban & Kelab Sukan Komuniti Sikamat dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerag Seremban  bersama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sikamat akan mengadakan Larian Kecergasan Komuniti 1 Malaysia seperti berikut :

Tarikh           :  20/10/2012 (Sabtu)
Pukul             :  7 Pagi
Tempat         :  Mula dan tamat larian di Balairaya Jalan Tunku Kursiah
Penyertaan  : Percuma
Hadiah         : 50 hadiah cabutan bertuah disediakan
Syarat-syarat penyertaan :

1. Penyertaan terbuka kepada semua tanpa menfira umur,vbangsa, agaman dan taraf kehidupan.
2. Larian bukan bentuk pertandingan tetapi bercorak "Fun Run".
3. Jarak larina sejauh 2.4km sahaja.
4. Tarikh tutup penyertaan pada 17hb. Oktober 2012 (Rabu).

Kepada warga taman yang berminat bolehlah mendaftar dengan  berhubung terus SU di talian 012-2767933 atau Cikgu Deevaraj di talian 013-3041121.

Ahad, 7 Oktober 2012

Butiran Mesyuarat AJK PPTSPF1 03/2012



As-salam dan Salam Sejahtera Kepada Semua Warga Taman,

Pada 10.50 malam tadi telah berakhirnya Mesyuarat AJK PPTSPF1 03/2012 yang telah di adakan di No 113, Jln Sri Pulai 6 ( En. Hamzah) dan kami titipkan isu-isu yang telah dibincangkan untuk perkongsian bersama.

  • Pengerusi memaklumkan bahawa beliau akan bekerja "on and off at out-station" sehingga Dis 12. Sehubungan dengan itu segala persoalan dan perlaksanaan aktiviti persatuan akan dikendalikan oleh En. Hamzah Manan,Timbalan Pengerusi.Mesyuarat sebulat suara bersetuju supaya bayaran yuran keahlian bagi tahun 2012 dimansuhkan dan ahli akan membayar semula untuk tahun 2013.
  •  
  • Gotong-Royong Perdana akan di adakan pada 21/10/2012 (Ahad) dengan kerjasama MPS, Jabatan Kesihatan Seremban, SWM  dan SAINS. Kepada warga taman diharap dapat memotong pokok di rumah masing-masing sebelum 21/10/2012 bagi memastikan melancarkan proses kutipan bahan buangan oleh MPS.Sarapan akan di sediakan di Jalan SP4. Persatuan akan mengedarkan "flyer" berkaitan program ini dalam tempoh terdekat. 
  • Persatuan akan menampal senarai aktivti-aktiviti yang telah dijalankan di kedua-dua Pondok Kawalan.
  • Penubuhan Belia Wawasan Sri Pulai (BWSP), permohonan penubuhannya telahpun diluluskan pada 15/8/2012. Kepada warga taman yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun bolehlah menjadi ahli. Sila dapatkan borang keahlian daripada Mohd Azraie (along), Fajar atau Zul Azman.  
  • Mesyuarat turut bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Agung 3 dalam satu pada tahun hadapan iaitu Mesyuarat Agung PPTSPF1, Mesyuarat Agung Belia Wawasan Sri Pulai dan Mesyuarat Agung Penubuhan KRT Sri Pulai 1.
  • Persatuan akan menganjurkan taklimat KRT sebelum Mesyuarat Agung pada tahun hadapan.
  • Penyertaan Program Qurban dan Aqiqah dilanjutkan sehingga 14/10/2012. Sekiranya tiada sambutan warga taman yang masih berminat boleh mengambil bahagian Qurban dan Aqiqah di Surau Darul Taqwa (RM400) atau Masjid Sikamat. Sekiranya berminat boleh hubungi Hj. Zainuddin.
  • Warga taman yang berminat menyertai Takbir raya sempena Hari Raya Aidil Adha dari rumah ke rumah bolehlah memaklumkan kepada SU di talian 012-2767933.
  • Persatuan bersetuju untuk mengeluarkan surat sokongan kepada Gunasegaran yang menghadapi masalah kesihatan.
Harap maklum.