Selasa, 18 Disember 2012

TAMAN SRI PULAI 1 DILANDA RIBUT


As-Salam dan Salam Satu Malaysia


18/12/2012 - Petang semalam, hujan lebat dan angin kencang telah menyebabkan atap atau rabung 20 buah rumah teres 2 tingkat di taman kita telah diterbangkan angin.

Gambar Ihsan Kak Ni
11 mangsa ribut telah pun membuat laporan polis, Zulazman , AJK Persatuan telahpun memanjangkan 11 nama mangsa ribut  kepada Pusat Aduan Bencana BN untuk mendapatkan bantuan dengan kadar segera. Sementara itu  kepada 9 lagi mangsa ribut dinasihatkan membuat laporan polis dan menyerahkan salinan kepada Zul Azman atau Yusri AJK persatuan untuk tindakan lanjut.

19/12/2012 - maklumat diterima dari Yusri, AJK Persatuan, alhamdulillah, kontraktor yang telah dilantik telah mula membaiki 11 rumah mangsa ribut.

Marilah kita sama-sama berdoa kepada ilahi semoga taman kita senantiasa dilindungi dari sebarang bencana.

Jumaat, 14 Disember 2012

KUTIPAN DERMA IKHLAS MEMBANTU ADIK MUHAMMAD AZWAR IDHZAM MOHD AZRAEI, MENGIDAP PENYAKIT HYDROCEPHALUS




 As-salam dan selamat sejahtera kepada Warga Sri Pulai 1,

 Untuk makluman warga taman anak kepada Sdra. Azraei Ahmad Zaki, No 15 Jln SP4, adik Muhammad Azwar Idhzam, 5 tahun telah mengidap penyakit Hydrocephalus (penambahan jumlah cecair serebrospina (CSF) yang tidak normal di dalam ventrikel otak) dan telah mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada minggu lepas. Adik Muhammad Azwar memerlukan rawatan dan ubatan susulan yang berterusan. 

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya”.
 
(Surah Al-Baqarah: 261)

Sehubungan dengan itu, Persatuan akan melancarkan kutipan derma dari rumah ke rumah untuk meringankan bebanan kos perubatan adik Muhamamd Azwar. ”Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”. Oleh itu Persatuan amat berharap warga taman dapat menderma seikhlas mungkin dan sama-sama berdoa semoga adik Muhammad Azwar akan sehat dan membesar seperti anak-anak kita. Warga taman juga boleh menghulurkan bantuan terus kepada keluarga adik Muhammad Azwar dengan menghubungi bapanya, Sdra. Azraei di talian  012-6114911.



Warga Malaysia juga boleh menyalurkannya derma melalui cash, cek atau transfer melalui internet/ATM kepada akaun persatuan seperti berikut:-

No Akaun Persatuan: 05-012-01-006397-5
Nama Bank           : Bank Islam, Cawangan Seremban
Nama Penerima     : Persatuan Penduduk Taman Sri Pulai Fasa 1

Resit akan di keluarkan oleh persatuan kepada yang memerlukan sahaja Untuk mennyelaraskan kutipan derma ini, Persatuan telah melantik :-

i-             Zulazman Bin Ab Karim,                 (No h/phone : 012-3892914)
ii-            Sdra Arifin Bin Md Yusof              (No h/phone : 017-2398499)