Khamis, 24 Mei 2012

PEMBATALAN KONVOI SINGGAH KE TAMAN KITA

Persatuan baru di maklumkan, konvoi Jabatan Belia NS bersama Jabatan Penerangan NS terpaksa membatalkan aktiviti konvoi singgah ke taman kita atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.

KONVOI JABATAN BELIA NS DAN JABATAN PENERANGAN NS PADA 24/5/2012

Salam Satu Malaysia

Persatuan dimaklumkan oleh Jabatan Penerangan NS melalui Hajah Ani Rahli semalam, Sempena Pelancaran Kembara Jalinan Kasih Himpunan Jutaan Belia 2012 yang telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Maglin Dennis D'cruz, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan pada 22/5/2012 di Kompleks KPKK, Putrajaya.

Satu aktiviti konvoi dari Jabatan Belia Negeri Sembilan bersama Jabatan Penerangan Negeri Sembilan akan diadakan pada 24/5/2012. Konvoi ini akan singgah di Gelanggang Serbaguna  taman kita pada pukul 5 petang.

Kepada semua warga taman dijemput hadir ke  Gelanggang Serbaguna taman kita bagi memberi sokongan moral kepada peserta konvoi sempena HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 26/5/2012 di Putrajaya.

Khamis, 17 Mei 2012

Bola Tampar di Centre Court Paroi Malam Esok bersama KPJ

Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) menjemput kepada semua warga taman yang berminat untuk  bermain bola tampar bersama mereka pada 

Tarikh  :  18/5/2012
Hari : Jumaat
Masa : 8pm hingga 10pm
Tempat : Centre Court, Paroi

Kepada rakan-rakan yang mempunyai kelapangan bolehlah menghadirkan diri.


Persatuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada KPJ yang menjemput warga taman untuk bermain bola tampar bersama mereka.

Peringatan : Majlis Perasmian Surau Darul Taqwa, oleh MB, Negeri Sembilan Esok

Salam Satu Malaysia

Kepada semua warga taman, diingatkan sekali lagi Majlis Perasmian Surau Darul Taqwa,  oleh MB, Negeri Sembilan esok.

Marilah kita beramai-ramai menceriakan majlis ini.

Ahad, 13 Mei 2012

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK VETERAN PETANG INi


Salam Satu Malaysia kepada semua warga taman, Untuk makluman warga taman, pada petang ini akan berlangsungnya perlawanan bola sepak veteran taman kita menentang pasukan Bola Sepak Veteran Batu 8 dan detail perlawanan seperti berikut:-

Tarikh. : 13/5/2012 (AHAD)
Masa. : 5 ptg
Tempat. : Padang KGV

Jom warga taman kita beramai-ramai hadir ke padang KGV untuk memberikan sokongan moral kepada pasukan taman kita.

"Sri Pulai 1 boleh"



KEPUTUSAN PERLAWANAN : BATU 8, 6 SRI PULAI 1

Isnin, 7 Mei 2012

MAJLIS PERASMIAN SURAU DARUL TAQWA OLEH MENTERI BESAR NS


Makluman untuk semua warga taman, Majlis Perasmian Surau Darul Taqwa, Taman Sri Pulai akan di adakan seperti berikut :-


Tarikh :  18/5/2012
Hari : Jumaat
Masa : 4 petang hingga 9 malam


Ringkasan Aturcara :

4.00 petang : Ketibaan Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj. Hasan
                         Menteri Besar Negeri Sembilan


5.05 petang : Ucapan Perasmian Surau Darul Taqwa
                        Oleh Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj. Hasan
                        Menteri Besar Negeri Sembilan
5.25 petang : Jamuan


7.30 malam : Ceramah Perdana "Dunia di Penghujung Usia"
                         Oleh Al-Fadhil Dato' Hassan Mahmood Al-Hafiz
                         Mudir Imam Muda

Semua warga taman di jemput hadir bagi meraikan kehadiran MB kita.

Laporan Mesyuarat AJK PPTSPF1 02/2012


Semalam bertempat di rumah Pengerusi telah berlangsungnya mesyuarat AJK PPTSPF1 Bil 02/2012. Seramai 14 orang AJK telah hadir dan pelbagai isu setempat telah dibincangkan dan diputuskan secara kolektif di antara semua AJK.

Isu-isu yang telah diputuskan dan boleh dikongsikan di laman ini adalah seperti berikut :

1. Khariat Kematian - Surau Darul Taqwa
- terbuka kepada semua warga taman yang beragama Islam.
- setiap kematian ahli akan menerima wang tunai RM1000.00
- pihak pengurusan surau akan memberikan kerjasama menguruskan jenazah.
- skim ini akan melindungi 7 orang termasuk pemohon skim ini.
- Bayaran RM50 dikenakan termasuk RM20 wang pendaftaran. RM30 untuk tahun yang berikutnya.
- borang boleh didapati di laman ini di bahagian Menu "Borang Persatuan".
-borang yang lengkap boleh diserahkan kepada AJK persatuan.

2. Kutipan Yuran Ahli RM12 untuk Tahun 2012

Kepada semua warga taman, kutipan Yuran Ahli bagi tahun 2012 akan djalankan oleh AJK-AJK yang telah dilantik. Di minta kepada semua warga taman dapat membuat bayaran dan memberikan kerjasama sepenuhnya.

3. Gotong-royong Perdana akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini dan mengkhususkan ke kawasan rumah 2 tingkat dan juga disekeliling Gelanggang Serbaguna taman. Tarikh dan masa akan di beritahu kelak.

4. Penubuhan Belia Warisan Sri Pulai telah di hantar ke Kemeneterian Belia dan Sukan, Putrajaya, menunggu kelulusan kementerian. Persatuan juga bersetuju membenarkan AJK Penaja menjalankan aktiviti belia di kawasan taman.

5. Persatuan mengucapkan  tahniah kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Pertandingan Futsal B15 tahun yang telah diadakan dengan jayanya pada 13/3/12 yang lalu.

6. Aktiviti "bermoreh" di Pondok Kawalan 1 keselamatan untuk taman akan di wujudkan akan digerakkan semula terutamnya malam minggu.

7. Persatuan bersetuju untuk mengadakan Pertandingan Bowling dan juga Sukaneka  pada tahun ini.

8. Mesyuarat juga bersetuju untuk meluluskan pembelian meja ping pong dan net bola tampar untuk kegunaan aktiviti sukan bagi warga taman.

Ahad, 6 Mei 2012

Mesyuarat AJK PPTSPF1 02/2012

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat AJK persatuan 02/2012 akan di adakan Tarikh : 6/5/2012 Masa : 9.00 malam Veneu : No 110, Jln Sri Pulai 5 Masa : 9 malam Semua AJK diharapkan dapat hadir pada malam ini. Jamuan ringan disediakan.