Rabu, 28 September 2011

Jemputan Menyertai Program "Apa Kata Wanita" Di RTM1

Persatuan Melalui Biro Hal Ehwal Wanita dan Pembangunan Keluarga, dimaklumkan oleh Jabatan Penerangan NS akan menganjurkan  program lawatan sambil belajar ke beberapa lokasi di Wilayah Persekutuan KL pada 9 Oktober 2011 (Ahad) mulai jam 8pagi hingga 6 petang.

Jemputan ini hanya dibuka kepada kaum wanita Taman Sri Pulai Fasa 1 SAHAJA, Peserta juga akan dijemput untuk menjadi penonton di studio RTM program siaran langsung "apa Kata Wanita" di saluran RTM TV1.

kepada yang berminat  bolehlah memaklumkan kepada wakil wanita taman kita sebelum 4 Oktober 2011.

1. Puan Naemah    012-2862455
2. Puan Nor Tipah 012-6346387

Rabu, 21 September 2011

3 Orang Warga Taman Di Hospital

Persatuan dimaklumkan terdapat 3 orang warga taman menghadapi masalah kesihatan dan sedang di rawat di hospital seperti di bwaah :

1. Zahawahidah Binti Rohani (Isteri Helmi)
    No 155, Jalan Persiaran Sri Pulai
    Masalah kesihatan : Paru-paru Berair dan Jaundice/demam kuning
    Hospital : Wad HDD, Level 4, KPJ

2. Siti Wahidah Ithnin (Isteri Suffian/Pian)
    No 113, Jln SP6
    Masalah kesihatan : Jaundice/demam kuning
    Hospital : Hospital Tuanku Jaafar
    remark : Telah selamat melahirkan seorang puteri yang comel.

3. Azlinatun Abdul Aziz (Isteri Kamarunzaman)
    No 116, Jalan SP 6
    Masalah Kesihatan : Appendik dan telah di bedah
    Hospital : 316, KPJ

Marillah kita sama-sama berdoa kepada Nya semoga warga taman di atas cepat sembuh dan diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.





Selasa, 6 September 2011

Taman Kita Ceria Kembali

Salam syawal dari persatuan untuk semua warga taman yg menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Syukur ke hadrat ilahi kerana tiada sebarang kejadian yg tidak diingini berlaku di taman kita semasa cuti panjang Hari Raya yang lepas. Semoga taman kita senantiasa dilindungi untuk masa akan datang terutamanya ketika musim-musin perayaan.

Persatuan juga mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Zaher dan Ustaz Nafaiz yang telah mengimarahkan malam raya di taman kita dengan mengetuai takbir raya dari rumah ke rumah. Semoga aktiviti seperti ini akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara warga taman.