Selasa, 6 September 2011

Taman Kita Ceria Kembali

Salam syawal dari persatuan untuk semua warga taman yg menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Syukur ke hadrat ilahi kerana tiada sebarang kejadian yg tidak diingini berlaku di taman kita semasa cuti panjang Hari Raya yang lepas. Semoga taman kita senantiasa dilindungi untuk masa akan datang terutamanya ketika musim-musin perayaan.

Persatuan juga mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Zaher dan Ustaz Nafaiz yang telah mengimarahkan malam raya di taman kita dengan mengetuai takbir raya dari rumah ke rumah. Semoga aktiviti seperti ini akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara warga taman.


Tiada ulasan: