Sabtu, 18 Ogos 2012

31/2012 : PERSATUAN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA 2012


Warga taman yang beragama Islam akan menyambut Hari Raya pada hari Ahad minggu ini. Persatuan Penduduk ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua warga taman yang meraikannya.

Semoga Hari Raya tahun ini akan lebih ceria dan mengeratkan lagi tali persaudaraan dikalangan warga taman. Marilah kita sama-sama berdoa semoga taman kita senantiasa dilindungi dari sebarang kecelakaan.

Jumaat, 17 Ogos 2012

30/2012 : RONDAAN POLIS SEMPENA HARI RAYA 2012

Untuk makluman warga taman, Sempena cuti Hari Raya Aidil Fitri 2012, pihak persatuan telah memohon kerjasama Polis Diraja Malaysia, Cawangan Sikamat untuk melakukan rondaan secara berkala ke taman kita sepanjang minggu pertama sambutan hari raya tahun ini.

Rondaan ini akan dbantu oleh ahli-ahli taman yang tidak pulang ke kampung. Kepada mereka yang ingin turut serta dalam rondaan ini bolehlah menghubungi En Hamzah Manan atau En Shamsuri Kamaruddin.

Harapan persatuan, agar rondaan ini akan dapat mengelakkan dari aktiviti pecah rumah, kecurian dan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku ditaman kita. Sehubungan dengan itu , Persatuan telahpun menghantar senarai warga taman yang bercuti melebihi 3 hari kepada Balai Polis Sikamat. Kepada warga taman yang belum menghantar borang balik kampung boleh juga menghantar terus kepada Balai Polis Sikamat pada bila-bila masa.
Keselamatan taman kita adalah tanggungjawab bersama.







Sabtu, 11 Ogos 2012

BORANG BALIK KAMPUNG SEMPENA HARI RAYA



Salam Satu Malaysia

Seperti tahun lepas, persatuan akan menghantar senarai nama warga taman yang balik kampung untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada PDRM bagi pihak polis membuat rondaan berkala di taman kita.

Sehubungan dengan itu tarikh akhir penyerahan borang Balik Kampung  kepada persatuan adalah pada hari Rabu depan bersamaan dengan 15/8/2012. Borang boleh diserahkan kepada SU atau AJK persatuan.
Borang Balik Kampung boleh di dapati di bahagian kanan blog persatuan.