Isnin, 19 Mac 2012

Pertandingan Futsal B15 Tahun

Salam Satu Malaysia


Pada jam 8 malam, 16/3/12 telah bermulanya pertandingan futsal B15 Tahun  anjuran Persatuan Penduduk Taman Sri Pulai 1. 24 pasukan bertanding untuk merebut Piala Pusingan dan wang tunai sebanyak RM500.00. Sebanyak 60 perlawanan di adakan di peringkat kumpulan berakhir dengan  8 pasukan telah berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir iaitu:-
  1. SP Lion FC
  2. Bukit Chedang 2 FC
  3. SP Rahsia B FC
  4. SP Rahsia A FC
  5. Palang FC
  6. Soccer Pelangi FC
  7. 9FC
  8. Muhriz FC
Perlawanan di peringkat suku akhir telah berlangsung dengan sengit sekali dan akhirnya 4 pasukan terbaik telah mengalahkan pasukan lawan masing-masing untuk layak ke peringkat separuh akhir iaitu :-

  • Bukit Chedang 2 FC - menewaskan SP Lion FC dengan sepakan penalti.
  • SP Rahsia B FC - menewaskan Muhriz FC dengan 4 - 0
  • SP Rahsia A FC - Menewaskan Palang FC dengan 8 - 0
  • 9FC - menewaskan Soccer Pelangi FC dengan 3 -0
Pada 17/3/2012, jam 8 malam berlangsungnya perlawanan peringkat separuh akhir dan berakhir dengan  keputusan berikut;-

SP RAHSIA B FC menewaskan BUKIT CHEDANG 2 FC dengan 2-0
SP RAHSIA A FC menewaskan 9FC dengan kiraan sepakan penalti.





Perlawanan akhir di antara SP Rahsia A menentang SP Rahsia B dimenangi oleh SP Rahsia A dengan jaringan 4 berbalas 2.

Disamping itu berlaku persaingan 3 penjuru untuk merebut penjaring terbanyak pertandingan dan 3 pemain itu ialah:-

1. Aqif Asyraf Azman   - SP Rahsia A                     19 gol
2. Hazim Khalil             - Bukir Chedang 2 FC      17 gol 
3. Mohd Afiq Radzuan  - SP Rahsia B                   16 gol

Kemenangan Aqif selaku penjaring terbanyak pertandingan merupakan kemenangan berganda kepada Pasukan SP Rahsia A yang muncul sebagai Juara Pertandingan Futsal B15 Tahun 2012.

Akhir kata tidak lengkap jika persatuan tidak mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka-mereka yang telah menyumbangkan wang ringgit, tenaga dan masa dalam menjayakan pertandingan kali ini. Terima kasih kepada.........

  • En Arif, Pengerusi Persatuan yang senantiasa turun padang untuk memastikan pertandingan berjalan dengan lancar.
  • Abang Hamzah,Timbalan  Pengerusi yang telah menyumbangkan piala pusingan pertandingan yang telah menyemarakan semangat untuk pasukan bertanding.
  • Haji Zainuddin - yang sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.
  • Sy Shariffuddin, Mosby, Aminullah, Zul Azman selaku pengadil yang mengadili 60 perlawanan.. hebat sungguh semangat yg ditunjukkan walaupun terpaksa mengadili di dalam cuaca yang  mencecah 39C.
  • Cikgu Shamsul selaku pengadili diperingkat separuh akhir dan akhir.
  • Haji Ayie, Apak, Yusri selaku Pegawai Perlawanan yang telah memastikan tiada sebarang pergaduhan dan cedera yang menimpa pemain-pemain.
  • Zuraimi, Ali, Md Zin  - selaku urusetia yang superb di mana semua keputusan dapat di umumkan "on time" serta semua perlawanan yang dijadualkan mengikut masa yang ditetapkan.
  • Manivanan yang telah mendapatkan khemah + Kerusi + Meja daripada JKR Seremban dlm masa 1 hari.
  • Muideen, along (Azraei) Termizi dan semua penduduk taman yang membantu melancarkan perjalanan pertandingan kali ini.

Rabu, 14 Mac 2012

Pertandingan Futsal Bawah 15 Tahun

Alhamdulillah semalam telah berlangsungnya mesyuarat terakhir Pertandingan Futsal Bawah 15 Tahun anjuran PPTSPF1. semua perancangan untuk pertandingan telah dibincangkan secara terperinci di dalam mesyuarat semalam.
Terdapat sebanyak 24 pasukan yang menyertai pertandingan ini dan sebanyak 69 perlawanan yang akan berlangsung dari 16/3/2012 sehingga 17/3/2012.

Persatuan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Hamzah Manan, Timb. Pengerusi PPTSPF1 yang telah menyumbangkan Piala Pusingan Futsal. Semoga dengan adanya piala pusingan ini akan menyemarakkan semangan bersukan dikalangan 24 pasukan yang bertanding.

PPTSPF1 berharap kerjasama dari semua AJK dan penduduk taman akan dapat merealisasikan pertandingan ini sebagai pertandingan yang dapat mencungkil bakat-bakat cilik sekitar Seremban ini.