Rabu, 14 Mac 2012

Pertandingan Futsal Bawah 15 Tahun

Alhamdulillah semalam telah berlangsungnya mesyuarat terakhir Pertandingan Futsal Bawah 15 Tahun anjuran PPTSPF1. semua perancangan untuk pertandingan telah dibincangkan secara terperinci di dalam mesyuarat semalam.
Terdapat sebanyak 24 pasukan yang menyertai pertandingan ini dan sebanyak 69 perlawanan yang akan berlangsung dari 16/3/2012 sehingga 17/3/2012.

Persatuan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Hamzah Manan, Timb. Pengerusi PPTSPF1 yang telah menyumbangkan Piala Pusingan Futsal. Semoga dengan adanya piala pusingan ini akan menyemarakkan semangan bersukan dikalangan 24 pasukan yang bertanding.

PPTSPF1 berharap kerjasama dari semua AJK dan penduduk taman akan dapat merealisasikan pertandingan ini sebagai pertandingan yang dapat mencungkil bakat-bakat cilik sekitar Seremban ini.













Tiada ulasan: