Ahad, 7 Oktober 2012

Butiran Mesyuarat AJK PPTSPF1 03/2012



As-salam dan Salam Sejahtera Kepada Semua Warga Taman,

Pada 10.50 malam tadi telah berakhirnya Mesyuarat AJK PPTSPF1 03/2012 yang telah di adakan di No 113, Jln Sri Pulai 6 ( En. Hamzah) dan kami titipkan isu-isu yang telah dibincangkan untuk perkongsian bersama.

  • Pengerusi memaklumkan bahawa beliau akan bekerja "on and off at out-station" sehingga Dis 12. Sehubungan dengan itu segala persoalan dan perlaksanaan aktiviti persatuan akan dikendalikan oleh En. Hamzah Manan,Timbalan Pengerusi.Mesyuarat sebulat suara bersetuju supaya bayaran yuran keahlian bagi tahun 2012 dimansuhkan dan ahli akan membayar semula untuk tahun 2013.
  •  
  • Gotong-Royong Perdana akan di adakan pada 21/10/2012 (Ahad) dengan kerjasama MPS, Jabatan Kesihatan Seremban, SWM  dan SAINS. Kepada warga taman diharap dapat memotong pokok di rumah masing-masing sebelum 21/10/2012 bagi memastikan melancarkan proses kutipan bahan buangan oleh MPS.Sarapan akan di sediakan di Jalan SP4. Persatuan akan mengedarkan "flyer" berkaitan program ini dalam tempoh terdekat. 
  • Persatuan akan menampal senarai aktivti-aktiviti yang telah dijalankan di kedua-dua Pondok Kawalan.
  • Penubuhan Belia Wawasan Sri Pulai (BWSP), permohonan penubuhannya telahpun diluluskan pada 15/8/2012. Kepada warga taman yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun bolehlah menjadi ahli. Sila dapatkan borang keahlian daripada Mohd Azraie (along), Fajar atau Zul Azman.  
  • Mesyuarat turut bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Agung 3 dalam satu pada tahun hadapan iaitu Mesyuarat Agung PPTSPF1, Mesyuarat Agung Belia Wawasan Sri Pulai dan Mesyuarat Agung Penubuhan KRT Sri Pulai 1.
  • Persatuan akan menganjurkan taklimat KRT sebelum Mesyuarat Agung pada tahun hadapan.
  • Penyertaan Program Qurban dan Aqiqah dilanjutkan sehingga 14/10/2012. Sekiranya tiada sambutan warga taman yang masih berminat boleh mengambil bahagian Qurban dan Aqiqah di Surau Darul Taqwa (RM400) atau Masjid Sikamat. Sekiranya berminat boleh hubungi Hj. Zainuddin.
  • Warga taman yang berminat menyertai Takbir raya sempena Hari Raya Aidil Adha dari rumah ke rumah bolehlah memaklumkan kepada SU di talian 012-2767933.
  • Persatuan bersetuju untuk mengeluarkan surat sokongan kepada Gunasegaran yang menghadapi masalah kesihatan.
Harap maklum.

Tiada ulasan: