Rabu, 26 Oktober 2011

TERIMA KASIH SEMUA


Minggu lepas merupakan minggu yang sibuk kepada Persatuan Penduduk Tmn Sri Pulai 1. Persatuan telah dipilih oleh Dato' Ishak Ismail, Ketua UMNO Bahagian Seremban merangkap Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Seremban untuk menganjurkan Pertandingan Futsal DUN Sikamat dan Jamuan Mesra Bersama Pemimpin. 

Untuk merealisasikan tersergamnya Balai Komuniti di  taman kita akhirnya persatuan bersetuju untuk menganjurkan 2 program yang dinyatakan iaitu Pertandingan Futsal Lelaki DUN Sikamat dan Jamuan Mesra Bersama Pemimpin di taman kita. Dengan berkat kesabaran, komitmen yang tinggi dan kerjasama dari  semua AJK dan warga taman, kedua-dua program telah berjalan dengan lancar.

Di antara faedah yang warga taman kecapi dari program ini  ialah 6 pasukan futsal taman kita dapat bertanding dlm pertandingan Futsal secara percuma, sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggal, sumbangan RM3000.00 kepada tabung persatuan, pembinaan Balai Komuniti di taman kita dan yang paling penting sekali ialah kedua-dua program ini telah merapatkan lagi silaturrahim di antara warga taman.

Persatuan juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Biro Sukan UMNO Bahgian Serenban dibawa selian Sdra Samad yang banyak membantu persatuan bagi melancarkan program ini.

Syabas kepada semua yang menjayakan program ini.

Keputusan penuh pertandingan futsal adalah seperti berikut :

KEPUTUSAN PERTANDINGAN FUTSAL LELAKI  DUN SIKAMAT 2011
KATEGORI LELAKI DEWASA KATEGORI LELAKI BAWAH 12 - 14 THN
1 JOHAN MBF MATA FUNGSI 1 JOHAN MUHRIZ FC
2 NAIB JOHAN INTER PELANGI FC B 2 NAIB JOHAN 9FC
3 TEMPAT KETIGA SP3A 3 TEMPAT KETIGA RAHSIA FC
4 TEMPAT KE EMPAT PEMUDA TAMAN PAROI JAYA INDAH B 4 TEMPAT KE EMPAT RUMBLE FC
5 TEMPAT KELIMA BEACH BOY FC KATEGORI LELAKI BAWAH 12 - 14 THN
6 TEMPAT KEENAM PEMUDA TAMAN PAROI JAYA INDAH A 1 JOHAN PALANG FC
JARINGAN PASUKAN TERBANYAK  : INTER PELANGI FC B (27 JARINGAN) 2 NAIB JOHAN TEAM BROTHERS KIDS
3 TEMPAT KETIGA CORAL BOYZ FC
4 TEMPAT KE EMPAT 8 WARRIORS

Tiada ulasan: