Isnin, 20 Jun 2011

Gotong Royong Perdana Bersama Peserta PLKN

Persatuan telah memutuskan  untuk mengadakan progam Gotong Perdana bersama Peserta PLKN seramai 200 orang.

Persatuan ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penerangan, Seremban melalui Hajah Nor Ani Rahli di atas usaha mendapatkan kerjasama dari peserta PLKN.

Program Gotong Royong Perdana ini akan di adakan pada

Tarikh         :  16/7/2011
Hari             :  Sabtu

Aktiviti ini juga akan mendapat kerjasama dari Majlis Perbandaran Seremban, Jabatan BOMBA dan Penyelamat NS, Syarikat Air Negeri Sembilan, Jabatan Penerangan NS dan Jabatan Pertanian NS.

Pihak persatuan akan  memberitahu semua warga taman melalui blog dan  notis akan diedarkan kepada semua rumah.

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Yang Esa semoga perancangan program Gotong Royong Perdana ini berjalan dengan lancar.