Sabtu, 28 Januari 2012

Liputan Program Gotong-Royong Perdana dan Pelancaran COMBI Tmn Sri Pulai 1

Salam Satu Malaysia

Pagi tadi telah berlangsungnya aktiviti sulong persatuan bagi membuka tirai 2012. Program gotong-royong yang merupakan aktiviti rutin setiap 3 bulan yang  telah mendapat sambutan dari warga taman.

Program dimulai dengan membersihkan kawasan rumah masing-masing dan meletakkan barangan terbuang di hadapan rumah. Dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seremban barang-barang terbuang dikutip mengikut jalan. Persatuan juga telah mendapat kerjasama dengan SWM yang membekalkan tong roro bagi warga taman membuang sampah sarap.

Kerjasama dari kedua-dua pihak MPS dan SWM memudahkan program gotong-royong yang di adakan. Oleh kerana terlalu banyak barang buangan lori MPS akan mengutip secara beransur-ansur dalam tempoh 3 hari. 

Kebanyakan dahan-dahan pokong yang dipotong tidak dapat diangkut dan memerlukan jengkaut kerana terlalu berat. Persatuan berharap kerjasama dalam aktivti gotong-royong ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
Semasa warga taman membersihkan kawasan masing-masing, satu pertandingan mencari bekas jentik-jentik dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan NS. Seramai 25 orang kanak-kanak taman telah mengambil bahagian. Pertandingan ini menceriakan lagi suasana taman dengan pelbagai aksi yang ditunjukkan oleh adik-adik taman.
Tepat jam 11 pagi semua warga taman berkumpul di jalan SP6 untuk pelancaran COMBI dan mendengar ucapan dari tetamu jemputan. Majlis di mulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Nafaiz Nasir, Pegawai Agama Penjara Seremban dan juga penduduk taman.

Seterusnya taklimat mengenai COMBI di sampaikan oleh En. Kamarulismail Udin, Pegawai Promosi Kesihatan Kanan, Pejab Kesihatan NS.  Jam 11.40 pagi Dr Zailiza Suli, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bhg. Vektor NS menyampaikan ucapan dan seterusnya melancarkan penubuhan COMBI Taman Sri Pulai 1.

 Satu lagi detik bersejarah dicatatkan oleh persatuan untuk memastikan warga taman senatiasa dilindungi dari sebarang penyakit berjangkit.
Akhirnya, sebagai tuan rumah, En Mohd Arif Md Noor selaku Pengerusi COMBI merangkap Pengerusi Persatuan Penduduk Tmn Sri Pulai 1 menutup tirai ucapan dengan mengucapkan ribuan terima kasih yg tidak terhingga kepada warga taman yang senantiasa memberikan sokongan kepada aktiviti yang dijalankan oleh persatuan. Ucapan terima kasih turut dipanjangkan kepada MPS, SWM, Jabatan Kesihatan NS, Jabatan Penerangan NS dalam memberikan kerjasama pada program kali ini.

Penutupan program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mencari bekas jentik-jentik dan cenderahati kepada tetamu jemputan.

Tiada ulasan: