Ahad, 20 November 2011

Bacaan Tahlil di Rumah En. Naser (No 114, SP 6)

Persatuan mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana program tahlil di Rumah En Naser selama 3 malam berturut-turut (16/11 hingga 18/11) berjalan seperti yang dirancangkan. Semoga bacaan tahlil dan doa untuk Almarhummah Nortipah Hamzah diterima oleh Allah swt.

Bagi pihak En Naser, persatuan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga taman yang menghadiri bacaan tahlil ini dan juga kepada mereka yang menyumbangkan apa saja untuk program ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada Ustaz Zaher Rudin, Ustaz Nafaiz dan Ustaz Humaidi yang mengetuai majlis tahlil tersebut. Tidak lupa juga kepada En. Hamzah sekeluarga, En Awang sekeluarga, Haji Zainudin sekeluarga dan En Ucop sekeluarga yang menyediakan juadah kepada para hadirin.

Persatuan merasa terharu dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua warga taman yang memberikan sokongan penuh untuk program tahlil ini. Diharapakan program ini akan diapplikasikan kepada semua warga taman pada masa hadapan.

Sehubungan dengan itu majlis tahlil utk hari ke 7 akan di adakan pada 22/11/2011 pada jam  8 malam. Persatuan berharap sambutan warga taman dlm memberi sokongan untuk majlis ini dapat diteruskan lagi.

AL-FATIHAH

Tiada ulasan: