Rabu, 9 November 2011

Berakhirnya Aidil Adha

Salam semua,

Hari ini merupakan hari tashriq terakhir. Umat Islam boleh melakukan korban sehingga maghrib hari ini. Begitu juga amalan bertakbir, juga disunatkan sehingga maghrib hari ini.

Alhamdulillah, Program Takbir Raya telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 30 orang warga taman telah bertakbir beramai-ramai ke 11 buah rumah di Taman ini. Suasana meriah dengan pelbagai gelagat dari warga taman telah megimarahkan malam raya Aidil Adha di Sri Pulai 1.



Tiada ulasan: