"Sesungguhnya Kami (Allah)
telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu
dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah
(binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).”
(Surah
al-Kauthar : ayat 1-2)
Salam semua, Persatuan telah pun bermesyuarat dan juga mengedarkan notis makluman kepada semua warga taman yang beragama Islam mengenai program takbir dari rumah ke rumah yang akan di adakan pada malam Sabtu (esok) bermula 8 malam. Program takbir ini akan di ketuai oleh Ustaz Zaher Rudin.
Manakala , Program Qurban akan di adakan pada hari Ahad ini selepas solat Aidil Fitri sekitar pukul 10 pagi. Sebanyak 3 ekor lembu yang akan diqurbankan.
Lembu pertama : Hamzah Manan,
Lembu kedua: Mohammed Assalam dan
Lembu Ketiga:Ramlee Saminan,Zuraimi Ayub, Abu Hassan Jaffar, Rosli Ahmad, Zuraimi Ayub, Mohd Zulidzham Mohd Arif dan Kamarunzaman Yasak.
Lembu pertama : Hamzah Manan,
Lembu kedua: Mohammed Assalam dan
Lembu Ketiga:Ramlee Saminan,Zuraimi Ayub, Abu Hassan Jaffar, Rosli Ahmad, Zuraimi Ayub, Mohd Zulidzham Mohd Arif dan Kamarunzaman Yasak.
Program Qurban ini akan turut akandiceriakan lagi dengan masak secara bergotong royong utk makan tengah hari kepada warga taman yang beragama Islam. Masak secara gotong royong ini akan diketuai oleh "Chef" Haji Zainuddin dan "Chef" Hamzah.
Persatuan berharap kepada semua warga taman yang beragama Islam dapat turut serta dalam kedua-dua program ini semoga sinar Aidil Adha dan keberkatan Qurban akan mengeratkan lagi permuafakatan dan silaturrahim sesama kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan