Rabu, 9 November 2011

Program Qurban 2011

Sekali lagi Persatuan memanjat kesyukaran ke hadrat ilahi kerana Program Qurban 2011 berjalan dengan lancar. 3 ekor lembu  selamat di sembelih oleh Ustaz Zaher Rudin.

Dengan kerjasama semua warga taman yang beragama Islam proses memotong daging dan memasak kari daging secara gotong royong berjalan dengan baik.


Pengagihan daging yang di timbang tara oleh Tuan Penasihat dan tuan Pengerusi juga tidak menghadapi sebarang masalah.


Doa selamat yg dibaca oleh Ustaz humaidi mengakhiri kecermelangan kerjasama erat di antara warga taman.














Kerjasama dari kaum ibu juga melancarkan urusan program Qurban kali ini. Persatuan ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga taman yang telah menjayakan program ini.


Tiada ulasan: