Khamis, 14 Julai 2011

Keputusan Perlawanan Bola Tampar Di antara Taman Sri Pulai dgn Hospital Tunku Jaafar

Makluman : Semalam (9.45 malam) bertempat di Gelanggang Serbaguna Sri Pulai 1, telah berlangsung perlawanan Bola Tampar Persahabatan  di antara Taman Sri Pulai 1 melawan pasukan Hospital Tunku Jaafar. Pasukan Taman Sri Pulai 1 tidak bernasib baik di mana tewas 3 - 2 kepada pasukan lawan. Walaubagaimanapun, permainan yang menarik telah ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan sehingga kemenangan hanya dapat ditentukan di set yang kelima.

Pemain Taman Sri Pulai 1 terdiri daripada Ustaz Zaher Rudin (Kapten), Zul Azman, Yusri, Zubair, Haji Zainuddin, Kamal dan Syed.

Kami lampirkan gambar yang sempat dirakamkan sebelum bermulanya perlawanan.





Tiada ulasan: