Khamis, 7 Julai 2011

Tempahan Qurban/Aqiqah untuk 2011

Seperti saban tahun, Persatuan akan menganjurkan aktiviti Qurban/Aqiqah di taman kita. Sehubungan dengan itu kepada warga taman yang berminat untuk turut serta dalam program ini bolehlah memuat naik borang Qurban/Aqiqah yang telah disediakan di laman ini.

Untuk tahun ini harga sebahagian (1/7) adalah RM400.00. Sesiapa yang berminat di minta menghantar borang yang lengkap kepada Haji Zainuddin, AJK Biro Perhubungan, Koordinasi dan Keagamaan, PPTSPF1.

Persatuan mengekalkan 3 ekor lembu untuk program Qurban/Aqiqah pada tahun ini.