Untuk makluman warga taman program Khidmat Komuniti bersama Peserta PLKN, Sri Perkasa, Mantin yang akan berlangsung pada hari sabtu ini akan menglibatkan seramai 200 peserta PLKN.
Para peserta akan berada di taman Sri Pulai 1 dari pukul 9 pagi sehingga 1.30 petang.
Pelbagai acara telah disusun oleh PPTSPF1 bersama Jabatan Penerangan, Majlis Perbandaran Seremban, Jabatan Bomba dan Penyelemat Seremban serta Pejabat Pertanian NS.
Jalan Persiaran Sri Pulai akan ditutup mulai 10 malam pada 15/10/2011 (Jumaat) untuk kerja-kerja pemasangan khemah bagi tujuan program ini. Diharapkan kepada semua warga taman dapat memberikan kerjasama dengan menggunakan jalan alternatif.
Gotong Royong
Pada kali ini penebangan pokok tidak akan dibenarkan untuk memberi laluan kepada semua warga taman menglibatkan diri dengan aktivit-aktiviti lain yang di sediakan.
10 orang peserta PLKN akan ditempatkan di setiap jalan di Sri Pulai dgn di ketua oleh AJK Persatuan yang dilantik seperti berikut :-
Jalan 1 –En Mydin
Jalan 2 - En Ariffin (Apak)
Jalan 3 - En Zuraimi Ayub
Jalan 3/1 - En Daud
Jalan 4 - Syed Shariffuddin
Jalan 5 - En. Deevaraj
Jalan 6 - En Naser
Jalan 7 - En Aminullah
Jalan 8 - En Ng Poh Boon
Jalan Persiaran SP – En Ali
Pihak MPS dan Jabatan Bomba dan Penyelamat akan turut terlibat dalam membersihkan taman kita. Warga taman diminta meletakkan semua barang-barang terbuang di depan rumah dan akan dikutip oleh pihak MPS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan