Rabu, 27 Julai 2011

PELAWAT LAMAN PERSATUAN MELEPASI 1000 ORANG

Alhamdulillah, tindakan bijak AJK Persatuan menubuhkan laman blog pada 1/6/2011 yang lalu,  terbukti berbaloi kerana dalam tempoh sebulan pelawat yang melayari blog persatuan berjumlah lebih 1000 orang. Ini menunjukkan warga taman yang mempunyai aksess internet menjadikan laman blog persatuan sebagai sumber maklumat utama untuk  mengetahui aktiviti-aktiviti yang telah, sedang atau akan dijalankan oleh pihak persatuan Taman Sri Pulai 1.

Persatuan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelawat blog persatuan yang telah memberi kepercayaan penuh kepada pihak persatuan dalam merencanakan program-program untuk kebaikan bersama.

Pihak persatuan berharap semua warga taman bersatu hati dan menjauhi sifat dengki dan irihati sesama kita bagi merealisasikan motto "Taman Kita Tanggungjawab Kita" menjadi kenyataan dan teras perpaduan warga taman.




1 ulasan:

Unknown berkata...

tahniah kerana kemajuan dan kejayaan tmn seri pulai 1.