Rabu, 6 Julai 2011

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI BERSAMA PESERTA PLKN

Untuk makluman semua Program Khidmat Komuniti - Peserta PLKN Bersama warga taman Sri Pulai Fasa 1 akan di adakan pada 16/7/2011.

Persatuan telahpun mengadakan Mesyuarat Kerja pada hari Ahad yang lepas dan maklumat terkini berkaitan dengan program ini akan di muat turunkan di laman ini.

Antara maklumat terkini, Jabatan Pertanian Negeri Sembilan telah bersetuju untuk menyumbangkan anak pokok buah buahan terpilih bagi warga taman sempena program ini.